Tekanan Darah Rendah Semasa Hamil: Punca dan Rawatannya

Tekanan darah rendah atau hipertensi boleh membawa kesan negatif semasa hamil kepada ibu dan janin.

Kehamilan adalah tempoh perubahan fisiologi yang ketara, di mana sebarang keadaan kesihatan ibu dan janin perlu diberi perhatian serius.

Artikel ini akan menyelidiki punca dan rawatan penyakit ini untuk ibu hamil.

Sebelum itu, jom kami kongsikan dengan anda bagaimana nak tahu anda mempunyai tekanan darah rendah ketika hamil.

Macam Mana Nak Tahu Anda Mengalami Tekanan Darah Rendah Semasa Hamil?

tekanan darah rendah

Cara yang paling efektif dan memberikan bacaan tepat adalah dengan menggunakan Sphygmomanometer berkualiti tinggi.

Cara ini pun boleh digunakan di rumah, jadi sangat mudah untuk lakukannya.

Untuk pengetahuan anda, tekanan darah ideal individu sihat perlu berada di bawah 120 dan atas 80 (120/80 mmHg)

Bacaan tekanan darah sama atau lebih rendah daripada 90/60 mmHg menandakan anda mengalami tekanan darah rendah.

Punca Tekanan Darah Rendah Semasa Hamil

  • Pengeluaran hormon progesteron

Walau tekanan darah rendah kedengaran agak serius, ia sering terjadi kepada wanita hamil semasa trimester pertama dan kedua.

Untuk wanita hamil, badan anda akan mula mengeluarkan sebilangan tambahan jenis hormon tertentu seperti progesteron.

Hormon ini akan merehatkan dan mengembangkan dinding saluran darah ketika tahap trimester pertama dan kedua.

Proses ini memudahkan bayi untuk menyerap nutrien dengan bantuan darah dan oksigen.

  • Anemia

tekanan darah rendah

Anemia di saat kehamilan adalah keadaan di mana wanita hamil mempunyai tahap hemoglobin rendah dalam darah.

Anemia terbahagi kepada beberapa jenis seperti anemia kekurangan asid folik, vitamin B12, zat besi, hemolitik dan aplastik.

Apabila ibu hamil mengalami anemia, besar kemungkinan untuk anda mempunyai tekanan darah rendah.

Simptom Tekanan Darah Rendah Semasa Hamil

tekanan darah rendah

Umumnya, tekanan darah rendah atau normal boleh mengelakkan anda berisiko untuk mendapatkan strok jantung.

Tapi, jika terlalu rendah dari paras yang dinyatakan awal tadi, anda perlu dapatkan rawatan segera.

Ketahui sama ada anda menghidapi penyakit ini dengan mengenal pasti tanda-tanda berikut:

  • Pening atau berasa nak pitam
  • Loya dan muntah-muntah
  • Pernafasan laju
  • Sukar fokus
  • Dehidrasi abnormal
  • Kehilangan daya
  • Kulit pucat dan tidak bermaya
  • Demam berpanjangan

Selepas trimester kedua, tekanan darah akan kembali normal dan sama seperti sebelum hamil.

Rawatan Tekanan Darah Semasa Hamil

  • Minum air mencukupi

minum air secukupnya

Dehidrasi boleh memburukkan lagi keadaan pesakit.

Pastikan anda minum air yang mencukupi sepanjang hari, tetapi jangan berlebihan.

Letakkan goal untuk minum sekitar 8 – 10 gelas air setiap hari, dan lebih semasa cuaca panas dan kering.

  • Tukar diet pemakanan

makanan sihat ibu hamil

Pemakanan yang seimbang boleh membantu mengawal tekanan darah.

Ambil makanan dalam kuantiti sedikit dan kerap untuk mengelakkan penurunan gula darah.

Sertakan makanan yang kaya dengan zat besi dan asid folik untuk menyokong pengeluaran darah yang sihat.

  • Pengambilan garam

garam

Meningkatkan sedikit pengambilan garam boleh membantu meningkatkan tekanan darah.

Walau bagaimanapun, rujuk doktor anda terlebih dahulu untuk mendapatkan panduan.

Ini kerana pengambilan garam yang berlebihan mungkin membawa kepada implikasi kesihatan yang lain.

  • Pakai stokin mampat

Memakai stoking mampat boleh menghalang darah daripada berkumpul di kaki anda, yang merupakan punca biasa penyakit ini semasa hamil.

  • Bangun perlahan-lahan dari duduk

Apabila bangkit dari posisi duduk atau baring, lakukan perlahan-lahan untuk mengelakkan penurunan tekanan darah secara tiba-tiba.

Selain itu, elakkan berdiri untuk tempoh yang lama dan pertimbangkan untuk mengangkat kaki anda apabila duduk.

  • Suplemen tambah darah

tekanan darah rendah

Doktor anda mungkin mengesyorka suplemen zat besi atau asid folik jika anda mempunyai tekanan darah rendah.

  • Pemeriksaan pranatal berkala

checkup ke doktor

Hadiri temu janji pranatal anda, dan sampaikan sebarang simptom atau gejala kepada doktor anda.

Mereka boleh memantau tekanan darah anda dan memberikan panduan yang disesuaikan dengan situasi khusus anda.

Kesimpulannya, tekanan darah rendah semasa hamil, walaupun jarang dihadapi berbanding tekanan darah tinggi, adalah keadaan serius yang perlu diberi perhatian.

Ia boleh berpunca daripada pelbagai faktor, termasuk perubahan hormon, dehidrasi, atau penyakit sedia ada

Bahkan, ia mungkin membawa kepada pelbagai gejala yang tidak selesa dan potensi risiko untuk ibu mengandung dan bayinya yang sedang membesar di dalam perut.

Walau bagaimanapun, dengan mengenali punca dan dengan mengikuti langkah yang sesuai, seperti mengekalkan penghidratan yang betul, ibu hamil boleh merawat penyakit ini.

Pemeriksaan kerap dan komunikasi terbuka dengan penyedia penjagaan kesihatan adalah penting untuk memantau tahap tekanan darah dan menangani sebarang komplikasi dengan segera.

Dengan sentiasa berjaga-jaga dan proaktif, wanita boleh mengurangkan simptom yang ditimbulkan oleh tekanan darah rendah dan melalui kehamilan yang ceria dan sihat.

Walaupun penting untuk mengetahui potensi risiko yang berkaitan dengan keadaan ini, terdapat langkah praktikal yang boleh diambil oleh ibu mengandung untuk mengurangkan risiko ini dan memastikan kehamilan yang lebih sihat.

Satu langkah proaktif adalah pengamalan Jus Pre Mamma dari Ellsee ini, yang boleh memberikan nutrien penting dan sokongan yang membantu mengekalkan tahap tekanan darah yang stabil ketika hamil.

tekanan darah rendah

Jus Pre Mamma dirumus khas dengan kurma ajwa, delima, madu, habbatussauda, saffron dan brokoli membantu meningkatkan tekanan darah kepada paras normal.

Bukan itu sahaja, ibu hamil yang penat mengalami morning sickness dan badan lesu juga boleh diatasi dengan meminum Jus Pre Mamma.

tekanan darah rendah

Pertimbangkan Jus Pre Mamma untuk mendapatkan pengalaman kehamilan bebas komplikasi kesihatan hari ini.