Apa Itu Kencing Manis Semasa Mengandung?
Kencing manis semasa mengandung adalah satu keadaan kesihatan yang semakin biasa di kalangan ibu mengandung di seluruh dunia.
Ia adalah satu bentuk diabetes yang terjadi semasa kehamilan dan boleh memberi kesan kepada kesihatan ibu dan bayi yang belum dilahirkan.
Jadi, kami akan berkongsi kepada anda lebih lanjut mengenai apa itu kencing manis semasa mengandung, komplikasi kepada ibu dan bayi serta makanan yang anda perlu elakkan.
Kencing Manis Semasa Mengandung
Kencing manis semasa mengandung, juga dikenali sebagai Gestational Diabetes Mellitus terjadi kepada ibu mengandung yang mempunyai kandungan glukosa tinggi dalam badan.
Ia juga dipanggil dengan nama ini kerana kerap terjadi kepada wanita yang tidak pernah menghidap kencing manis, tetapi didapati semasa mengandung.
Penyakit ini mula muncul semasa kandungan mencecah minggu ke-24.
Kebiasaannya, gula dalam darah akan kembali normal selepas bersalin, namun begitu ada di kalangan anda berisiko untuk menghidap kencing manis jenis 2.
Masalah kencing manis semasa mengandung bukan sahaja memberi kesan buruk kepada ibu, tetapi juga kepada bayi dalam kandungan.
Jom tengok kesan kencing manis semasa mengandung kepada bayi.
Kesan Buruk Kencing Manis Kepada Bayi Dalam Kandungan
-
Saiz Badan Bayi Lebih Besar Dari Kebiasaan
Melahirkan bayi yang sihat dan montel semestinya membuatkan anda happy dan menganggap anak anda sihat.
Tetapi, ia tidak bagus jika bayi semakin membesar secara abnormal dalam kandungan.
Hal ini kerana, ini akan menyusahkan ibu dan menyebabkan ibu sukar melahirkan bayi secara normal.
Bayi yang mempunyai berat 4 kilogram dan ke atas akan lebih sukar untuk dilahirkan secara normal.
Kemungkinan ibu perlu melalui proses bersalin Czer itu tinggi.
-
Bayi Pramatang
Dalam sebahagian kes, kencing manis semasa mengandung boleh menyebabkan bayi lahir pramatang.
Kandungan glukosa yang tinggi dalam badan ibu mengandung besar kemungkinan menyebabkan bayi lahir lebih awal dari tarikh jangkaan.
-
Kematian Sewaktu Kelahiran
Kes bayi mati dalam kandungan jarang-jarang berlaku, tetapi ibu mengandung yang mengalami kencing manis perlu ambil serius dalam hal ini.
Faktor kematian ini berpunca dari saiz bayi yang abnormal atau pramatang di mana badan bayi keluar lebih awal dan badan lemah, lalu menyebabkan kematian.
-
Terkena Penyakit Demam Kuning
Paras gula yang tinggi dalam badan boleh menyebabkan bayi mengalami demam kuning.
Kulit dan mata bayi akan menjadi kekuningan. Disebabkan itu, bayi akan dipantau dengan rapi di hospital.
-
Kesukaran Untuk Bernafas
Bayi pramatang mempunyai risiko tinggi untuk mendapatkan saluran pernafasan yang sempit oleh kerana badan bayi tidak membesar dengan baik.
Apabila bayi mengalami masalah pernafasan ini, sudah tentu anda sebagai ibu risau anak mengalami ketidakselesaan.
Tambahan lagi, permasalahan ini boleh membawa kepada masalah pernafasan yang lebih serius jika dibiarkan.
Kesan Kencing Manis Kepada Ibu Mengandung
-
Tekanan Darah Tinggi
Paras glukosa yang tinggi dalam badan semasa mengandung boleh menyebabkan anda mendapat penyakit tekanan darah tinggi.
Ini boleh membawa kepada preeklampsia, di mana ibu mengandung mengalami komplikasi kekejangan yang terdiri daripada jenis ringan dan teruk.
-
Alami Diabetes Jenis 2
Kencing manis yang dialami semasa hamil, jika tidak dirawat, boleh dihadapi walau selepas bersalin.
-
Melalui Proses Bersalin Czer
Sumber: Google
Seperti yang dikatakan di atas, bayi yang mempunyai saiz dan berat badan abnormal menyukarkan ibu untuk bersalin melalui proses normal.
Ibu tiada pilihan lain, selain daripada melahirkan bayi melalui proses Caesaran atau Czer yang dilakukan dengan membedah abdomen di bawah perut.
Elak Makanan Ini Jika Mengalami Kencing Manis Semasa Mengandung
Sebenarnya, makanan yang lazim kita makan boleh menerukkan lagi keadaan kencing manis anda.
Lagi-lagi makanan fast food seperti burger yang tinggi kandungan gula, walaupun tidak berasa manis seperti air jus.
Jadi, walau bagaimanapun, ibu mengandung perlu berkorban sedikit untuk memastikan kencing manis yang dihidapi semasa mengandung ini dibendung.
Makanan yang perlu ibu mengandung elakkan:
- Makanan berproses
- Minuman beralkohol
- Makanan pastri yang tinggi kandungan gula
- Makanan berminyak atau bergoreng
- Minuman berkarbonat
- Aiskrim
- Makanan berkanji tinggi seperti pasta putih dan roti putih
- Bijirin yang diproses menjadi snek
Senarai diatas mungkin seperti tak logik seperti bijirin. Bijirin itu bagus untuk kesihatan, tetapi apa yang tidak sihat adalah apabila diproses menjadi snek yang ditambah gula.
Begitu juga makanan berkanji. Makanan berasas kanji, apabila dimakan, ia akan diproses menjadi glukosa dalam badan.
Oleh itu, pemakanan makanan berkanji seperti beras perlu diambil dalam kuantiti sedikit dan terkawal.
Selain daripada senarai di atas, para ibu perlu berhati-hati dalam pengamalan buah-buahan.
Ya, buah-buahan memang mengandungi pelbagai vitamin dan nutrisi yang baik.
Tetapi, perlu ingat juga buah-buahan mengandungi gula semula jadi dan tidak terkecuali dalam menyumbang kepada peningkatan glukosa dalam badan.
Kesimpulannya, kencing manis semasa mengandung boleh membawa komplikasi teruk kepada bayi dan juga kepada ibu.
Walau sebelum hamil, jika anda merancang untuk mempunyai cahaya mata, anda disarankan untuk mengamalkan diet pemakanan yang sihat.
Untuk itu, Jus Pre Mamma boleh membantu anda mendapat khasiat yang sepatutnya dalam dos yang kecil.
Jus Pre Mama mengandungi bahan lengkap untuk memastikan anda dan kandungan sihat sepanjang proses kehamilan.
- Kurma Ajwa
- Madu
- Buah Delima
- Habbatussauda
- Vitamin C
Anda tidak perlu lagi makan buah-buahan yang telah diketahui tinggi kandungan gula semula jadi, semuanya sudah lengkap dengan Jus Pre Mamma.
Untuk pembelian dan maklumat lanjut, tekan link di bawah.
Leave A Comment