3 Tanda Anda Sakit Pinggang Ketika Hamil

Sakit pinggang ketika hamil? Artikel ini untuk anda.

Dalam artikel ini, kami akan membincangkan mengenai sakit pinggang ketika hamil dan jenis sakit pinggang yang anda perlu take note untuk segera jumpa pakar supaya ia tidak berlarutan.

Kami juga selitkan sedikit perkongsian untuk kurangkan kesakitan di pinggang buat anda. Teruskan membaca!

 

Sakit Pinggang Ketika Hamil

Sakit pinggang ketika hamil adalah normal. Tahap kesakitan boleh terjadi daripada rasa sakit ringan kepada sakit akut kronik, bergantung dengan jenis aktiviti yang dilakukan.

Hampir 50 ke 80 peratus ibu hamil mengalami sakit pinggang. Kesakitan sakit pinggang boleh meningkat 10 peratus sehingga menjejaskan keupayaan menjalani aktiviti rutin harian.

 

sakit pinggang ketika hamil

 

Kajian menunjukkan sakit pinggang sering terjadi di antara bulan ke-5 dan ke-7 ketika hamil. Ada juga yang terjadi seawal minggu ke-8 hingga ke-12.

 

Jumpa Doktor Segera Jika Sakit Pinggang Macam Ni

 

  • Sakit pinggang serta kebas

Sakit pinggang beserta kebas kronik, lebih-lebih lagi di bahagian kaki mungkin petanda kepada penyakit sciatica.

Sciatica bukanlah penyakit yang biasa dialami, malah simptomnya hampir sama seperti sakit belakang yang biasa.

Simptom penyakit ini kebiasaannya apabila ibu hamil merasa kaki dan jari kaki serta di bawah lutut seperti dicucuk-cucuk dan kebas. 

 

  • Sakit pinggang serta demam 

 

demam

 

Sakit pinggang serta demam boleh menjadi petanda kepada jangkitan buah pinggang atau pundi kencing. Ia juga boleh membawa kepada masalah saluran kencing.

Untuk merawat permasalahan ini, rawatan menggunakan antibiotik diperlukan.

Jadi, hubungi doktor jika anda mempunyai rasa sakit pinggang sebegini.

 

  • Sakit pinggang serta inkontinens najis

Dengan saiz perut ibu hamil membesar kian hari, sebahagian besar ruangan di dalam perut diambil oleh organ uterus.

Uterus membesar akan memberikan tekanan di otot pelvik, uretra dan pundi kencing. 

Ini membawa kepada ketidakupayaan ibu hamil untuk mengawal kekerapan membuang air kecil dan besar. 

Walaupun begitu, ia merupakan situasi yang normal bagi ibu hamil. Tetapi, jika ia berlaku tanpa sedar, sila rujuk dengan doktor segera.

 

3 Cara untuk Mengurangkan Sakit Belakang Ketika Hamil

 

sakit pinggang ketika hamil

 

  • Pakai kasut yang sesuai

kasut yang sesuai ketika hamil

 

Pemakaian kasut yang sesuai memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian, lebih-lebih lagi jika anda hamil.

Memakai kasut tinggi, of course, membuatkan anda lebih anggun dan menjadi pelengkap kepada dress dan baju kerja anda. 

Tapi, kasut tinggi juga punca utama kepada masalah sakit belakang. Untuk itu, kasut tapak rata atau flat shoe dengan arch support yang bagus boleh dipakai.

 

  • Tidur dalam posisi yang betul

 

sakit pinggang ketika hamil

 

Posisi tidur yang salah punca utama ibu hamil mendapat sakit belakang.

Semakin perut membesar, posisi tidur belakang menjadi tidak sesuai untuk dipraktikkan. 

Ini kerana posisi ini menyebabkan uterus memberikan tekanan pada arteri utama yang dipanggil aorta dan vena cava. 

Mampatan terhadap arteri-arteri ini menyukarkan jantung untuk mengepam darah seluruh badan, janin dan ke cakera intervertebral yang terdapat  di tulang belakang.

Kekurangan aliran darah akan membuatkan ibu hamil mendapat sakit pinggang dan ketidakselesaan sepanjang hari.

Jadi, praktikkan posisi tidur mengiring dan pastikan sekurang-kurangnya satu lutut membengkok.

Boleh juga untuk menggunakan bantal ibu mengandung atau bantal biasa di antara lutut semasa mengiring, di sisi dan di belakang. 

 

  • Jangan angkat barang berat

Perubahan dalam hormon ibu hamil memberi kesan kepada ligamen dan tulang belakang untuk memberi ruang kepada fetus membesar menjadi bayi

Pembesaran bayi di dalam perut juga akan mengubah postur badan dan imbangan badan, jadi ibu hamil lebih cenderung untuk mendapat sakit belakang jika tersalah cara.

Oleh itu, elak angkat barang berat. Minta bantuan orang terdekat untuk mengangkatnya untuk anda.

 

Penutup

Cara yang kami kongsikan sebentar tadi hanyalah untuk mengurangkan kesakitan yang ibu hamil.

Jika anda mempunyai sakit pinggang yang berlarutan lebih daripada 2 minggu, sila berjumpa dengan pakar.

Mereka mungkin menyarankan ubat tanpa preskripsi seperti acetaminophen, atau rawatan lain, seperti regangan dan senaman dengan ahli terapi fizikal.

Sesungguhnya kesihatan ibu hamil amatlah penting. Jika ibu tidak sihat dan sering sakit, bagaimana pula nanti bayi dalam kandungan.

Sebab itulah ibu hamil perlu ambil serius walau kandungan baru berusia 2 minggu. 

Mencegah lebih baik dari merawat, tak salah untuk mengamalkan senaman dan juga suplemen tambahan disamping merujuk doktor atau pakar.

Untuk itu, Ellsee mengeluarkan jus botanikal semula jadi untuk ibu hamil. 

Hanya bahan yang terbaik saja digunakan dalam penghasilan jus ini, seperti kurma Ajwa, madu, buah delima, habbatussauda dan Vitamin C.

Ke semua bahan yang digunakan adalah superfood di mana doktor sangat menyarankan para ibu hamil untuk amalkan sepanjang kehamilan.

Gabungan ini bukan sahaja membantu mengurangkan kesakitan yang ibu hamil alami, ia juga membantu:

  • Penyerapan zat besi lebih baik untuk meningkatkan HB
  • Mengurangkan rasa mual akibat dari alahan
  • Memberi tenaga dan melancarkan proses pencernaan

Dapatkan jus Pre Mama sekarang!