10 Buah Untuk Ibu Mengandung, Penuh Khasiat dan Vitamin

Di antara pelbagai pilihan diet, menggabungkan pelbagai buah untuk ibu mengandung dalam diet harian merupakan keputusan yang terbaik.

Buah-buahan ini bukan sahaja memenuhi keinginan ibu hamil, tetapi ia juga membekalkan banyak nutrien dan vitamin penting untuk mendapat kandungan bayi yang sihat.

Jadi, dalam artikel ini, jom kami list-kan kepada anda 10 buah untuk ibu mengandung. 

10 Buah Terbaik dan Khasiatnya

1. Oren 

Oren, terkenal dengan rasa manis dan masamnya, merupakan sumber vitamin C yang hebat.

Nutrien ini membantu dalam penyerapan zat besi, iaitu mineral penting untuk mencegah anemia semasa kehamilan.

Selain itu, oren kaya dengan serat, yang membantu dalam penghadaman dan membantu memerangi sembelit yang biasa dialami oleh ibu mengandung.

2. Pisang 

Pisang adalah snack mudah untuk ibu mengandung oleh kerana rasa manisnya yang sesuai untuk dijadikan snack

Sarat dengan potassium, pisang membantu mengawal tekanan darah dan mencegah kekejangan kaki, isu biasa yang dihadapi semasa mengandung.

Kandungan vitamin B6 yang tinggi dalam pisang juga menyokong perkembangan otak bayi. 

3. Pisang kaki

Pisang kaki atau nama lainnya kesmak atau kesemak adalah buah manis yang tinggi dengan vitamin A dan C, antioksidan dan serat.

Ia juga tinggi kalium, yang penting untuk pengawalan tekanan darah dan mengekalkan otot dan saraf yang sihat.

4. Avokado 

Avokado bukan sahaja berkrim dan lazat tetapi juga padat dengan monounsaturated fat, folat dan kalium sihat.

Folat adalah penting untuk perkembangan janin, terutamanya pada peringkat awal. 

Avokado juga mengandungi vitamin K, yang membantu mengelak daripada pembekuan darah. 

5. Epal 

Epal bukan sahaja rangup dan sedap, tetapi juga merupakan buah yang kaya dengan serat, vitamin dan mineral.

Bahkan, ia merupakan sumber yang kaya dengan vitamin A, iaitu penting untuk tumbesaran mata bayi, dan vitamin C untuk sistem imun yang teguh. 

6. Kiwi – Vitamin K

Kiwi berada di tangga kedua selepas pisang dalam kategori buah yang kaya dengan nutrisi seperti vitamin C, E, A, kalium, fosforus, magnesium, asid folik dan serat.

Kiwi bagus untuk sistem pernafasan kerana ia membantu mencegah selsema dan batuk.

Selain itu, ia membantu penyerapan zat besi lebih berkesan dan meminimumkan risiko pembekuan darah oleh kerana ia tinggi dengan kandungan fosforus. 

7. Mangga

Mangga adalah buah tropika yang sedap dan menyediakan dos vitamin A dan C yang banyak. 

Kedua-dua vitamin ini penting untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi di dalam kandungan.

Ia juga kaya dengan serat yang membantu penghadaman dan membantu mengekalkan berat badan yang sihat ketika hamil.

8. Betik 

Betik mempunyai papain, enzim yang membantu penghadaman dan boleh membantu mengelakkan sembelit. 

Walau bagaimanapun, semasa mengandung, adalah penting untuk mengambil betik secara sederhana.

Ini kerana pengambilan berlebihan boleh menyebabkan pengecutan rahim.

9. Anggur 

Anggur adalah pilihan snek yang cepat dan mudah untuk ibu mengandung. 

Ianya kaya dengan gula semula jadi, memberikan rangsangan tenaga yang cepat apabila diperlukan.

Anggur juga mengandungi antioksidan yang menyokong kesihatan keseluruhan, lebih-lebih lagi untuk ibu mengandung.

10. Tembikai

Ada sebab kenapa buah ini ada perkataan “water” atau air di namanya.

Tembikai mempunyai salah satu kadar kandungan air tertinggi daripada mana-mana buah, iaitu sebanyak 92%.

Jika anda mengalami dehidrasi semasa hamil, tembikai boleh membantu anda dalam masalah ini. 

Rasa manis dan rangupnya seimbang, ditambah pula ia kaya dengan kalium, zink dan folat.

Nutrien-nutrien ini boleh membantu mengurangkan kekejangan kaki pada waktu malam dan perkembangan tulang belakang bayi dalam kandungan.

Berapa Banyak Buah Ibu Mengandung Perlu Makan?

Ibu mengandung disarankan untuk makan sekurang-kurangnya 5 hidangan setiap hari dan variasikan buah-buahan jika boleh.

Dalam setiap hidangan, pengambilan buah-buahan adalah satu cawan atau sepotong buah jika buah tersebut lebih besar dari saiz bola tenis. 

Sesungguhnya, setiap kehamilan adalah berbeza dan keperluan nutrisi setiap ibu hamil adalah berbeza. 

Sememangnya buah-buahan kaya dengan zat dan nutrisi yang membantu ibu mengandung dan kandungan kekal sihat dan membesar dengan lancar.

Tetapi, lebih baik jika ibu mengandung berunding dengan doktor atau pakar pemakanan anda untuk mendapatkan garis panduan yang sesuai dengan keperluan individu. 

Selain buah-buahan, ada alternatif yang amat mudah dan tak perlu untuk ada amal pelbagai buah-buahan.

Nak tahu tak? Semestinya jus Pre Mamma dari Ellsee!

Hanya bahan yang terbaik sahaja digunakan dalam jus botanikal ini, antaranya:

  • Kurma Ajwa
  • Madu
  • Buah Delima
  • Habbatussauda
  • Vitamin C

Gabungan ke semua superfood ini terbukti boleh membantu penyerapan lebih baik untuk menaikkan HB, mengurangkan rasa mual sewaktu hamil dan melancarkan proses pencernaan. 

Bakal ibu boleh segera dapatkan di Ellsee dan maklumat lanjut mengenai produk ada di link berikut: