Pantang Larang Ibu Hamil, Elak Makanan & Aktiviti Ni!

Kehadiran cahaya mata merupakan detik yang ditunggu oleh setiap pasangan untuk melengkapkan lagi kebahagiaan yang dikecapi. Namun begitu, pantang larang ibu hamil tidak boleh diabaikan!

Bagi seorang ibu hamil, pemakanan adalah aspek penting yang perlu diberi perhatian.

Apabila sudah berbadan dua, ibu hamil perlu menitikberatkan makanan yang berkhasiat untuk diambil demi menjaga kesihatan ibu dan anak yang dikandungkan.

Umumnya, terdapat beberapa makanan yang dilarang untuk ibu hamil terutamanya jika masih dalam fasa trimester pertama kerana ia mungkin berisiko untuk membuat anda sakit atau membahayakan bayi dalam kandungan.

Jadi, adalah penting untuk mengetahui pantang larang semasa hamil dan fakta tentang makanan dan aktiviti yang perlu dihindari sepanjang  tempoh kehamilan ini.

Makanan Pantang Larang Ibu Hamil 

Makanan terbaik untuk dimakan oleh wanita hamil adalah makanan yang baru dimasak atau makanan yang baru disediakan.

Berikut adalah makanan yang perlu dihindari oleh ibu hamil:

  • Susu tidak dipasteur

susu tidak dipasteur

Susu merupakan minuman yang terbaik untuk membekalkan kalsium pada tubuh. Pilihlah susu yang dipastur atau UHT (ultra-heat treated) untuk diminum.

Susu mentah mungkin mengandungi Campylobacter, E.coli, Listeria atau Salmonella yang boleh menyebabkan keracunan makanan.

Kondisi ketahanan badan ibu hamil mungkin akan terjejas jika jatuh sakit. Jadi, jaga kesihatan anda baik-baik!

  • Makanan dibungkus dan diproses

pantang larang ibu hamil

Makanan yang dibungkus dan diproses seperti jus, kek, biskut atau susu pekat dan makanan yang sedia untuk dipanaskan dengan gelombang mikro adalah antara contoh yang perlu ibu hamil elakkan.

Ini kerana ia mengandungi bahan pengawet dan tidak mempunyai kalori.

Makanan yang dibungkus juga boleh mengandungi bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan.

Oleh itu, sebagai langkah selamat seeloknya ambillah makanan yang dimasak sendiri terutamanya yang dibuat menggunakan bahan semulajadi atau organik.

  •  Makanan Laut 

makanan laut

Makanan laut mengandungi kadar merkuri tinggi yang boleh menyebabkan kerosakan otak janin dan kelewatan dalam perkembangannya.

Walaupun ikan mengandungi protein dan asid lemak omega-3 yang disyorkan semasa kehamilan, tapi andan harus memilih ikan yang mempunyai kadar merkuri rendah.

Elakkan mengambil ikan todak dan kerang mentah serta hadkan pengambilan tuna, salmon, ikan tenggiri, sardin dan ikan trout.

Elakkan juga makan makanan laut yang mentah seperti tiram mentah, sashimi dan sushi kerana mempunyai risiko pencemaran listeria yang lebih tinggi.

Pencemaran listeria adalah pencemaran bakteria Lesteria monocytogenes pada makanan.

Jika jangkitan berlaku kepada wanita hamil, ia boleh mengakibatkan masalah seperti:

  • Kecacatan kelahiran
  • Keguguran
  • Kematian bayi
  • Kelahiran pramatang
  • Jangkitan lain yang mengancam nyawa bayi baru lahir
  •  Betik 

betik

Betik yang tidak masak dan separuh masak adalah antara makanan yang dilarang untuk dimakan semasa hamil.

Ini kerana ia mengandungi getah yang boleh mencetuskan kontraksi pada rahim dan boleh menyebabkan kelahiran pramatang atau keguguran.

Betik yang masak sepenuhnya baik untuk diambil kerana mengandungi nutrien dan boleh diambil dalam jumlah yang sederhana.

  • Makanan mentah atau separuh masak

makanan mentah

Pantang larang ibu hamil yang setrusnya adalah telur atau daging yang mentah atau separuh masak berisiko untuk dicemari bakteria seperti Salmonella dan Listeria yang berbahaya untuk perkembangan anak dalam kandungan.

  • Kafein

kafein

Kafein harus dihadkan pengambilannya pada awal kehamilan kerana jika diambil secara berlebihan boleh menyebabkan tidak cukup tidur, mudah marah dan gugup.

Tahap kafein yang tinggi dapat meningkatkan risiko keguguran, berat badan lahir rendah dan mengalami proses kelahiran yang sukar.

Kafein secara semula jadi terdapat dalam banyak makanan, seperti kopi, teh dan coklat. Bahan itu juga ditambahkan pada beberapa minuman ringan dan minuman tenaga.

Minuman tenaga tidak digalakkan diambil kerana mungkin mengandungi kafein yang tinggi dan bahan-bahan lain yang tidak digalakkan untuk wanita mengandung.

  • Minuman beralkohol

Alkohol adalah pilihan minuman yang sangat tidak sihat bagi janin yang sedang berkembang kerana boleh menyebabkan kecacatan kelahiran kronik.

Tidak ada tahap alkohol yang selamat untuk diminum semasa kehamilan anda.

Sama ada anda sedang merancang kehamilan, sudah hamil atau menyusukan badan, elakkan pengambilan minuman beralkohol adalah pilihan paling selamat.

  • Makanan bergula

Seorang wanita hamil memerlukan 300 kalori tambahan setiap hari untuk menyokong pertumbuhan bayi.

Walau bagaimanapun, pengambilan terlalu banyak makanan bergula boleh menyebabkan kenaikan berat badan dan diabetes kehamilan.

Aktiviti Yang Perlu Dielakkan Semasa Hamil

Kebanyakan wanita hamil memang berusaha gigih mengelakkan diri mereka daripada sebarang perkara yang berpotensi membahayakan diri dan bayi yang dikandung.

Anda harus mengambil tahu setiap kebarangkalian dan meminimumkan faktor risiko yang boleh mendedahkan diri anda dan bayi daripada timbul masalah.

Oleh yang demikian, anda harus mengawal diri daripada melakukan aktiviti yang tidak sesuai dilakukan ketika hamil dan mengelakkan sebarang aktiviti yang tidak sihat.

  • Rokok

pantang larang ibu hamil

Berhenti merokok jika anda didapati sudah berbadan dua. 

Umum mengetahui bahawa rokok mengandungi nikotina dan pelbagai bahan kimia lain yang berbahaya.

Tahukah anda, bayi yang dilahirkan oleh ibu yang merokok lebih kecil tubuhnya berbanding bayi yang ibunya tidak merokok.

Mereka juga lebih berisiko dilahirkan pramatang, meninggal dunia akibat SIDS, mengalami lelah dan pelbagai penyakit lain berkaitan pernafasan.

  • Dadah

Dadah adalah haram dan sangat berbahaya. Kepada ibu dan juga kepada bayi di dalam kandungan.

Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mengambil dadah berisiko untuk mengalami pelbagai komplikasi. Keguguran, uri tertanggal, bayi mati dalam kandungan, kelahiran pramatang, berat badan dilahirkan ringan dan ketagihan antara gejala biasa yang dialami.

Jika anda mempunyai masalah untuk berhenti mengambil dadah dan memerlukan sokongan, hubungi pasukan perubatan dengan segera. Mintalah sokongan keluarga atau bantuan doktor mengenai cara untuk menghilangkan ketagihan.

Fikirkan mengenai keselamatan anak di dalam kandungan. 

  • Mandi air panas, spa dan sauna

Pada awal trimester, janin sangat sensitif kepada suhu tubuh ibu. Elakkan berada di persekitaran yang boleh menyebabkan suhu tersebut meningkat dan kekal tinggi kerana ia berpotensi mengakibatkan masalah kepada perkembangan janin.

Paras suhu biasa bagi manusia ialah sekitar 36.1 – 37.3 darjah selsius.

Ibu-ibu yang berada di peringkat awal kehamilan dinasihatkan supaya mengurangkan kemungkinan menghidapi demam yang menyebabkan penyakit.

  • Tidak memakai tali pinggang keledar

Cara yang paling selamat bagi ibu hamil yang sedang dalam perjalanan menggunakan kereta, bas, kapal terbang atau sebarang kenderaan lain ialah dengan memakai tali pinggang keledar.

Walaupun rasanya tidak selesa dengan keadaan perut anda yang sedang membesar, namun sekiranya berlaku kemalangan, tali pinggang keledar yang diikat dengan betul boleh menyelamatkan nyawa anda dan bayi yang anda kandung.

 

Dari permulaan hamil sehinggalah melahirkan, anda tidak akan dapat lari daripada segala jenis pantang larang. 

Ianya adalah sebagai langkah berjaga-jaga untuk melindungi ibu dan anak daripada bahaya.

Sesetengah orang menganggap ianya remeh dan mengambil ringan setiap faktor yang merisikokan diri dan anak yang dikandung.

Dengan keadaan ibu hamil yang lesu dan ketahanan badan yang lemah, anda perlu mencari cara untuk mengatasi masalah ini dengan segera!

pre mamma

Memperkenalkan JUS PRE MAMMA.

Jus botanikal semula jadi untuk ibu hamil dengan bahan terbaik seperti kurma ajwa, madu, buah delima, habbatussauda serta kaya Vitamin C.

Setiap ibu mesti mahukan yang terbaik untuk anak dalam kandungan.

Dalam kebanyakan pantang larang ini, apa yang penting adalah ibu hamil mengutamakan makanan yang berkhasiat.