Tanda Luka Jahitan Bersalin Sudah Sembuh

Tanda luka jahitan bersalin sudah sembuh tidak semestinya apabila rasa sakit sudah surut atau benang terlarut dengan sendirinya.

Ada banyak lagi tanda yang anda perlu ketahui dan ambil serius, terutamanya kepada ibu yang menunggu masa sahaja untuk bersalin itu nanti.

Sebelum itu, jom kami kongsikan dengan bakal mummies mengenai luka jahitan.

Apa Itu Luka Jahitan

tanda luka jahitan bersalin sudah sembuh

Sumber: News Medical

Luka jahitan, adakalanya disebabkan tek anan semasa prosedur melahirkan bayi di kawasan antara pembukaan faraj dan dubur anda, seterusnya menyebabkan koyak.

Tetapi, dalam kebanyakan kes, doktor akan menoreh atau ‘menggunting’ kawasan antara pembukaan faraj dan dubur (perineum).

Prosedur ini dipanggil episiotomi dan dilakukan untuk menjadikan lubang faraj anda lebih besar dan memudahkan bayi keluar.

Dengar seperti mengerikan tetapi ini membawa kebaikan kepada bakal ibu. Hirisan episiotomi ini dapat mengelakkan daripada tisu di sekitar faraj terkoyak.

Kebiasaannya, doktor akan membuat prosedur ini sebaik sahaja kepala bayi dilihat meregangkan lubang faraj hingga beberapa sentimeter.

Sebaik sahaja bayi dan uri dikeluarkan, doktor akan menjahit luka ini.

Untuk para mummies yang tidak disuntik epidural, bahagian faraj anda akan disuntik ubat kebas sebelum dijahit.

Kenapa Perlu Gunting Perineum

1. Kurangkan Koyakan Tak Terkawal

Dalam sesetengah kes, risiko koyakan faraj amat tinggi, lagi-lagi jika anda secara tidak sengaja mengangkat punggung anda sedikit semasa meneran.

Posisi sebegini boleh menyebabkan tahap koyakan yang sangat serius. Baca artikel ini sehingga habis untuk mengetahui jenis-jenis koyakan semasa bersalin.

Dengan menjalani prosedur episiotomi, ini akan mengurangkan risiko koyakan tidak terkawal dan membantu proses penyembuhan lebih cepat.

2. Bersalin Menggunakan Alat Bantuan

Dalam keadaan penggunaan alat bantuan ketika bersalin, episiotomi boleh membantu mewujudkan ruang yang memudahkan peranti bantuan untuk melahirkan bayi.

3. Elak Kelahiran Berisiko Tinggi

Apabila ruangan di faraj tidak mencukupi untuk melahirkan bayi, ini boleh membawa risiko tinggi kepada bayi.

Bayi boleh mengalami ketidakcukupan oksigen kerana proses kelahiran mengambil masa lama (fetal distress).

Selain itu, bayi terlahir dengan kedudukan yang songsang.

Selalunya, kepala bayi perlu keluar supaya lebih senang untuk ditarik keluar.

Tetapi, dalam keadaan songsang ini, bahagian kaki keluar terlebih dahulu atau bahu bayi terperangkap (distosia bahu).

Sebab itu perlunya hirisan episiotomi untuk mengelakkan keadaan sebegini.

Peringkat Koyakan Perineum

tanda luka jahitan bersalin sudah sembuh

Sumber: Health Jade

1. 1st Degree Tear

Darjah pertama ini melibatkan koyakan kecil pada fourchette dan kawasan di luar kulit perineal atau mucosa vagina iaitu bahagian dalam faraj.

2. 2nd Degree Tear

Darjah kedua ini melibatkan kawasan luar fourchette, di mana koyakan berlaku di kulit perineal dan mukosa faraj hingga ke otot perineal dan fascia.

Tetapi koyakan ini tidak sehingga mencecah kawasan sfinkter dubur.

3. 3rd Degree Tear

Seperti darjah kedua, koyakan darjah ketiga ini mencecah ke luar kawasan mukosa dubur.

4. 4th Degree Tear

Koyakan peringkat ini adalah koyakan paling kritikal.

Ini kerana ia melibatkan koyakan yang lebih dalam, iaitu melibatkan koyakan di bahagian kulit perineal, mukosa vagina, sfinkter dubur dan mukosa dubur.

Tanda Luka Jahitan Sudah Sembuh

Untuk mengetahui sama ada luka jahitan sudah sembuh atau tidak, tanda-tandanya boleh dirasai sendiri.

Antara tanda-tanda yang para mummies boleh take note adalah seperti:

1. Bengkak Berkurangan

Seperti mana-mana proses penyembuhan luka, kulit di bahagian faraj akan membengkak sedikit selepas dijahit.

Tetapi, selepas beberapa hari hingga ke beberapa minggu, ia akan mulai surut dan kemerahan akan hilang.

2. Benang Jahitan Terlarut Dengan Sendirinya

Luka jahitan boleh dilihat akan sembuh secara baik apabila jahitan benang mulai menunjukkan untuk larut kian hari.

3. Rasa Sakit Berkurangan

Rasa sakit dan rasa tidak selesa di kawasan luka jahitan akan berkurangan selepas beberapa tempoh.

Normal jika dalam tempoh terdekat selepas melalui episiotomi anda akan rasa sakit yang ketara, tetapi kian berkurangan selepas beberapa hari.

4. Pergerakan Lebih Mudah

Tanda yang paling anda boleh perasan jika luka jahitan sudah sembuh apabila pergerakan anda kembali normal.

Anda boleh duduk dan bergerak seperti sebelum ini tanpa merasai sakit dan terbatas.

5. Kulit Semakin Tumbuh Di Bahagian Luka

Dari masa ke masa, anda boleh periksa di kawasan luka jahitan untuk lihat sama ada kulit sudah ‘bersalin’ atau mulai tumbuh.

Cara ini juga boleh menjadi indikasi luka sudah bercantum dan bahagian bukaan faraj sudah kembali normal.

 

Cara Jaga Luka Jahitan Bersalin

1. Jaga Kebersihan

Kawasan luka perlu dijaga kebersihannya.

Bersihkan kawasan luka dengan air suam secara lembut setiap kali selepas buang air kecil atau air besar.

Elakkan penggunaan sabun atau produk kimia yang boleh mengiritasikan luka.

2. Pastikan Bahagian Luka Sentiasa Kering

tanda luka jahitan bersalin sudah sembuh

Selepas dilap atau dibersihkan dengan air suam, lap sehingga kering.

Hanya gunakan tisu lembut atau kain bersih untuk tujuan ini.

Jika anda bersendirian di rumah atau di dalam bilik, anda digalakkan untuk mendedahkan luka supaya cepat kering dan tidak lembab.

Selain cara ini, angin kipas yang cukup juga membantu luka jahitan selepas didedahkan.

3. Lakukan Rendaman Punggung

Buat rendaman punggung dalam satu bekas air suam yang dicampur dengan larutan antiseptik.

Ini untuk membasuh kotoran di sekitar luka yang tidak boleh dibersihkan dengan air suam sahaja.

4. Makan Ubat Tahan Sakit Jika Perlu

tanda luka jahitan bersalin sudah sembuh

Jika rasa sakit yang melampau sehingga menyebabkan demam, anda boleh makan ubat tahan sakit 500mg setiap 6 jam.

Diingatkan untuk makan bila perlu sahaja. Elakkan makan ubat ini, terutamanya ibu yang menyusukan bayi.

Kesimpulannya, mengenali tanda-tanda bahawa luka kelahiran anda sembuh dengan cara yang betul adalah penting untuk kesejahteraan fizikal dan emosi.

Penyembuhan luka adalah proses yang unik dan berbeza untuk setiap individu. Apa yang penting, untuk luka sembuh dengan baik, anda perlu ikuti cara-cara yang kami sebut tadi.

Selain menggunakan cara di atas, anda boleh menjaga luka jahitan ini secara dalaman melalui pengamalan Jus Post Mamma dari Ellsee.

Mengandungi bahan seperti kurma, habbatussauda, manjakani, temulawak, delima dan bahan-bahan lain yang boleh membantu penyembuhan luka lebih baik.

Dapatkan Jus Post Mamma di link di bawah.