Tangan Kebas Dalam Kalangan Ibu Hamil, Apa Yang Patut Dibuat?

Semasa mengandung, badan anda akan melalui banyak perubahan. Ini termasuk rasa sakit badan, tangan kebas dan sebagainya.

Tangan yang kebas merupakan perkara yang biasa berlaku pada wanita mengandung semasa trimester ketiga kehamilan mereka.

Masalah ini biasanya disebabkan oleh sindrom carpal tunnel, dan ia biasanya akan hilang selepas mereka bersalin. Jika anda mengalami masalah ini, apa yang anda patut lakukan?

Dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda tentang apa itu carpal tunnel, punca ia berlaku serta simptom dan rawatan bagi masalah tangan kebas ini.

Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

 

Apa itu carpal tunnel?

carpal tunnel

Sindrom carpal tunnel, atau terowong karpal, merupakan masalah tangan yang boleh menyebabkan kesemutan, kebas, lemah, atau sakit pada jari, tangan, dan kadang-kadang di lengan anda.

Terowong karpal merupakan ruang kecil atau “terowong” di pergelangan tangan yang dibentuk oleh tulang pergelangan tangan (tulang karpal) dan ligamen (ligamen karpal melintang).

Saraf median dan beberapa tendon lain terletak di dalam terowong karpal ini. Tangan kebas ini berlaku apabila terdapat tekanan pada saraf median tersebut.

Saraf median ini penting kerana ia berfungsi untuk mengawal beberapa pergerakan jari. Jika saraf ini rosak, pergerakan tangan anda akan terjejas.

bintik hitam di muka

Punca sindrom carpal tunnel

Terdapat beberapa punca utama berlakunya sindrom terowong karpal ini. Antaranya adalah:

 

  • Bengkak disebabkan oleh kehamilan

punca carpal tunnel

Bengkak yang biasa berlaku semasa kehamilan boleh menyebabkan kesesakkan untuk berlaku dalam struktur terowong karpal anda yang akan memberi tekanan pada saraf median.

Ini akan membawa kepada tangan kebas akibat sindrom carpal tunnel, terutamanya apabila digabungkan dengan pergerakan tangan dan jari yang kuat atau berulang.

Semasa mengandung, wanita lebih terdedah kepada bengkak kerana peningkatan jumlah darah yang diperlukan untuk menyokong bayi.

Bengkak ini akan meningkatkan tekanan dalam saluran darah dan tisu di seluruh badan, termasuk di tangan, pergelangan tangan, dan lengan anda.

 

  •  Kecederaan

Kecederaan yang berlaku pada pergelangan tangan juga boleh menyebabkan tangan kebas untuk berlaku, seperti patah tulang atau terseliuh.

 

  • Penggunaan pergelangan tangan yang berlebihan

sindrom carpal tunnel

Melakukan aktiviti yang menggunakan tangan anda secara berulangan boleh menyebabkan kerosakan pada terowong karpal anda dan mengakibatkan tangan kebas berpanjangan.

Antara aktiviti yang sering dikaitkan dengan masalah sindrom terowong karpal ini adalah seperti menaip di komputer, mengangkat barang yang berat, main piano dan sebagainya.

 

Punca sindrom carpal tunnel yang lain:

  • Masalah keradangan di pergelangan tangan seperti arthritis atau jangkitan
  • Sista atau tumor di pergelangan tangan
  • Keadaan yang merosakkan saraf seperti diabetes

 

Simptom tangan kebas

simptom tangan kebas

Simptom-simptom sindrom carpal tunnel yang paling biasa adalah rasa sakit, kebas, kesemutan atau kelemahan pada bahagian tangan atau jari anda.

Simptom sindrom carpal tunnel yang lain termasuk cengkaman yang lemah atau masalah koordinasi jari anda.

Walaupun masalah ini biasanya akan hilang selepas tempoh kehamilan, jika simptom anda teruk, anda perlu dapatkan rawatan segera.

Sekiranya anda gagal merawat sindrom carpal tunnel, keadaan ini boleh mengakibatkan kerosakan otot atau saraf yang kekal di tangan.

 

Rawatan bagi masalah tangan kebas

 

  • Memakai splin pergelangan tangan

rawatan tangan kebas

Memakai splin pergelangan tangan boleh membantu menyokong pergelangan tangan anda dan mengurangkan tekanan pada terowong karpal anda.

Splin pergelangan tangan juga boleh membantu melegakan sebarang bengkak pada tangan dan pergelangan tangan, membolehkan saraf median untuk berehat dan sembuh.

 

  • Kurangkan penggunaan tangan yang berlebihan

Jika kerja anda melibatkan menaip pada papan kekunci, pastikan anda tekan kekunci tersebut dengan lebih perlahan.

Jika anda perlu menulis berpanjangan, gunakan pen yang besar dengan penyesuai cengkaman yang lembut serta dan dakwat mengalir bebas.

 

  • Lakukan regangan tangan

Ambil rehat pendek dan kerap apabila anda melakukan kerja menggunakan tangan anda. Perlahan-lahan regangkan dan bengkokkan tangan dan pergelangan tangan secara berkala.

Melakukan regangan dapat menguatkan otot tangan anda dan melegakan keregangan di bahagian tersebut.

 

  • Panaskan tangan

panaskan tangan

Memanaskan tangan anda dengan memakai sarung tangan atau duduk di kawasan yang tidak sejuk dapat mengurangkan masalah tangan kebas ini.

Ini kerana bekerja dalam persekitaran yang sejuk akan meningkatkan kemungkinan untuk berlaku masalah kaku dan sakit pada tangan anda.

 

  • Rawatan profesional

Jika simptom anda teruk, pastikan anda berjumpa dengan pakar dan mendapatkan rawatan profesional.

Doktor anda mungkin menetapkan anda dengan ubat sakit topikal atau anti-radang yang selamat untuk kehamilan bagi mengurangkan rasa tangan kebas.

Anda juga boleh mendapatkan rawatan fisioterapi di mana anda berkerja dengan ahli terapi fizikal untuk melakukan regangan tangan, senaman dan urutan menguatkan pergelangan tangan.

Kesimpulannya, tangan kebas ini merupakan masalah yang biasa berlaku pada wanita hamil. Jika anda mengalami masalah ini, anda boleh mencuba rawatan di atas.

Jika anda mencari produk untuk ibu yang sedang hamil atau berpantang yang berkualiti tinggi dan berpatutan di Malaysia, Ellsee adalah pilihan yang terbaik buat anda!

produk untuk ibu hamil

Antara produk kami adalah: 

  • Pre Mamma Botanical Juice
  • Stretch Mark Double Action Lotion
  • La Serene Therapy Oil
  • La Beauty 5 in 1 Glam Foundation

 

Produk kami diformulasikan dengan bahan bermutu, dihasilkan oleh badan yang diiktiraf Halal dan GMP, diuji serta dipantau rapat oleh Penasihat Saintifik yang telah diiktiraf.

 

Jom Shopping Di Ellsee!