(PENTING) 8 Tanda Nak Bersalin Anda Wajib Tahu
Rasa berdebar-debarnya menunggu ketibaan si comel!
Bakal ibu bapa diluar sana, tahukah anda tentang tanda nak bersalin?
Tanda-tanda ini penting agar kita dapat membuat persiapan awal sebelum kehadiran si kecil yang bakal menghiasi kehidupan.
Ibu-ibu perlu peka akan tanda-tanda ini agar kalian lebih bersedia untuk menyambut kelahiran bayi tersayang. Jom baca artikel ini untuk ketahui dengan lebih lanjut!
8 Tanda Nak Bersalin Anda Wajib Tahu
Setiap ibu yang bakal melahirkan bayi memiliki tanda-tanda bersalin yang berbeza yang menyebabkan mereka mengalami proses bersalin yang unik bergantung kepada individu.
Berikut merupakan 8 tanda nak bersalin anda wajib tahu:
- Kontraksi menyakitkan, Braxton-Hicks
Braxton-Hicks, ataupun bahasa umumnya, kontraksi palsu, menandakan bayi hampir keluar, cuma masa atau hari sahaja tidak dapat dipastikan.
Kontraksi ini menyebabkan pengecutan perut yang mengakibatkan ibu mengandung mengalami kesakitan pada bahagian perut dan pinggul.
Ia digelar kontraksi palsu kerana kesakitannya datang dan pergi, tidak seperti kontraksi sebenar ketika bersalin.
Walaupun sakitnya sementara, ibu mengandung boleh merasakannya selama 2 minit!
- Hilang selera makan
Kesakitan untuk bersalin turut disumbang oleh hormon kelahiran, menyebabkan ibu-ibu mengandung hilang selera makan.
Ketidakselesaan pada bahagian perut mungkin akan berlaku malah, jika anda alami simptom yang lebih berat, ia akan membuatkan anda mengalami cirit-birit.
Selain itu, anda juga mungkin akan mengalami rasa loya dan mual lalu langsung tidak mahu menjamah makanan. Namun begitu, anda tetap perlu mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dan mengambil makanan untuk ibu mengadung.
Untuk melegakan simptom-simptom berikut, anda boleh cuba mengunyah halia hidup atau menghisap ais sewaktu mengalami kesakitan.
- Seluruh badan menggigil
Sesetengah ibu mengandung merasakan badan mereka kerap menggigil walaupun cuaca panas.
Ini merupakan petanda bersalin yang ketara kerana perubahan suhu badan adalah disebabkan oleh hormon kelahiran.
Mungkin juga ibu mengandung agak gementar sambil menunggu detik dan hari kelahiran anaknya.
Untuk mendapatkan kembali ketenangan, lakukan senaman ringkas yang bersesuaian.
- Baby drop
Uniknya, 2 minggu sebelum bersalin, bakal ibu akan terasa seperti kandungannya mula menurun ataupun fenomena ini digelar sebagai ‘baby drop’.
Fenomena baby drop ini adalah apabila bayi bergerak ke bawah pelvis menyebabkan kelegaan sedikit terhadap ibu mengandung kerana kandungan tidak lagi menekan diafragma.
Namun, akan terdapat tekanan pula terhadap pundi kencing yang akan membuatkan ibu mengandung kerap ke tandas untuk membuang air kecil.
- Air ketuban pecah
Segera ke hospital apabila air ketuban pecah kerana ini petanda penting yang anda sudah dekat sangat nak bersalin!
Anda akan mengalami kontraksi yang dahsyat setelah air ketuban pecah.
Namun, pengalaman ini bergantung kepada setiap ibu, ada yang mengalami kontraksi sebelum air ketuban pecah dan sebaliknya.
Apa-apa pun, sebaik sahaja air ketuban pecah, segeralah ke hospital untuk mengelakkan kejadian tak diingini berlaku.
- Sakit belakang
Amnya, bakal ibu yang mengandungkan bayi sememangnya mengalami sakit belakang sepanjang mereka mengandung dek memikul berat berlebihan dalam rahim mereka.
Namun, bakal ibu boleh mula peka apabila mulai rasa sakit pada bahagian bawah belakang dan rasa seolah-olah sakit seperti senggugut.
Kesakitan belakang ini adalah akibat kerenggangan ligamen pelvis dan rahim disebabkan oleh penurunan bayi kearah pintu pelvis.
Ini bermaksud anda mungkin akan bersalin dalam waktu yang terdekat.
- Keluar lendir
Sewaktu mengandung, serviks dilindungi oleh lendir yang terkunci, namun kontraksi yang kuat akan menyebabkan ia mengalir keluar dari vagina.
Lendiran putih dan merah jambu (darah) adalah normal kerana ia adalah salah satu petanda yang ibu bakal bersalin.
Namun, jika bakal ibu mengeluarkan lendir berwarna kecoklatan atau kehijauan menandakan bayi berada dalam kesesakan.
Segera ke hospital jika lendiran darah keluar dengan banyak seperti ketika haid kerana ini petanda kandungan anda adalah dalam keadaan distres.
- Pintu rahim semakin terbuka (dilate)
Semakin hampir masanya untuk bayi dilahirkan, semakin lebar pintu rahim akan terbuka (dilation).
Doktor yang bertugas akan mengukur pembukaan serviks untuk menentukan sama ada ibu telah bersedia untuk bersalin ataupun tidak.
Proses bersalin akan bermula setelah pintu rahim telah terbuka sepenuhnya, 10cm adalah dikira sebagai bukaan yang paling penuh.
Tanda-tanda bersalin lain yang anda harus tahu:
- Kerap buang air kecil
Ibu mengandung akan lebih kerap ke tandas saat-saat akhir perjalanan hamil mereka.
Namun, air kecil yang dibuang adalah dalam kuantiti yang sikit.
Tekanan oleh kedudukan kepala bayi yang berada berdekatan dengan pundi kencing dan tulang pinggul ibu merupakan punca kekerapan ibu mengandung ke tandas.
- Penat & letih
Dengan perut yang kian membesar, ibu hamil pasti akan mudah berasa penat dan letih pada saat-saat akhir fasa mengandung.
Pada waktu begini, ibu hamil boleh mengamalkan makanan yang memberikan bekalan tenaga yang tinggi seperti kurma, madu, minyak kelapa dara dan susu.
Begitulah 8 petanda yang anda perlu tahu tentang ibu yang bakal bersalin agar anda dapat mengambil inisiatif awal sebelum kelahiran bayi.
Moga artikel ini dapat membantu bakal ibu dan bapa serta semoga anak yang bakal dilahirkan berada dalam keadaan yang selamat dan sihat.
Jika anda sedang mencari care set pre dan post natal, anda boleh memilih Ellsee, iaitu jenama pilihan utama ibu-ibu di Asia.
Mengapa anda perlu pilih Ellsee?
- Produk diiktiraf
Produk farmaseutikal dan kosmetik berdaftar dengan KKM.
- Suci dan bersih
Produk yang dihasilkan daripada bahan-bahan alami sahaja.
- Penasihat saintifik
Mendapat pemantauan rasmi dari penasihat saintifik.
- GMP dan halal
Jaminan produk dihasilkan dari kilang yang berstatus GMP dan Halal.
Leave A Comment