Tanda Angin Dalam Badan: Punca dan Penyelesaian

Tanda-tanda angin dalam badan merupakan masalah yang biasa dalam kalangan ibu hamil. Angin ini mungkin terasa seperti terdapat belon yang kembung di dalam perut.

Bagi wanita yang hamil, masalah angin ini merupakan simptom yang kerap berlaku kerana mereka akan lebih sensitif terhadap makanan dan badan mereka akan melalui pelbagai perubahan.

Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda tentang tanda angin dalam badan, punca serta beberapa cara untuk mengurangkan masalah ini dalam kalangan wanita hamil.

Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

 

Tanda Angin Dalam Badan Ketika Mengandung

Pada bahagian ini, kami akan kongsikan beberapa tanda angin dalam badan yang ibu mengandung perlu tahu. Antaranya adalah seperti berikut: 

  • Ada rasa ketidakselesaan pada perut seolah-olah seperti sembelit
  • Munculnya simptom-simptom Small intestine Bacterial Overgrowth (SIBO)
  • Anggota dalaman badan jadi lebih sensitif. Disebabkan itu, perut ibu mengandung akan terasa “penuh”.

Sebagai info tambahan, ibu mengandung mula merasai tanda-tanda ini pada fasa pertama trimester.

Ia akan berlanjutan sehingga fasa ketiga pada minggu 29. Ini berlaku disebabkan anak dalam kandungan itu mengambil ruang di dalam perut si ibu.

 

Punca Angin Dalam Badan

  • Hormon

hormon

Salah satu sebab badan dimasuki angin semasa hamil adalah peningkatan hormon progesteron. Hormon ini sangat penting bagi memastikan kehamilan anda berjalan dengan lancar.

Hormon kehamilan ini akan melegakan rahim anda dan otot penghadaman anda juga akan mengendur. Jadi, proses penghadaman anda juga akan menjadi lebih perlahan.

Disebabkan penghadaman anda menjadi lebih perlahan, perut anda akan lebih mudah masuk angin.

 

  • Saiz rahim yang membesar

Tekanan dari saiz rahim yang semakin membesar pada organ-organ penghadaman anda juga akan menyebabkan berlakunya masalah ini.

  • Sembelit

sembelit

Bagi memastikan bayi dalam rahim anda mendapat khasiat yang secukupnya, nutrisi daripada makanan yang dimakan oleh ibu hamil akan diserap oleh bayi anda.

Ini akan menyebabkan sembelit dan perut anda akan terasa kembung dan tidak selesa.

 

  • Sindrom Rengsa Usus (IBS)

Sindrom usus rengsa (IBS) adalah keadaan gastrousus (GI) yang menyebabkan serangan berulang sakit perut atau ketidakselesaan berkaitan dengan tabiat buang air besar.

Wanita hamil yang mempunyai sindrom IBS mungkin mendapati simptom mereka menjadi lebih teruk semasa mengandung dan akan menghadapi angin dalam badan lebih kerap.

  • Makanan

makanan

Sesetengah makanan juga boleh menyumbang kepada peningkatan badan anda dimasuki angin seperti produk tenusu, bawang, gandum, kacang dan lain-lain.

Ubat suplemen yang mengandungi zat besi juga boleh menyebabkan sembelit.

 

Cara Mengurangkan Angin Dalam Badan

  • Memakai lotion panas

cara kurangkan angin dalam badan

Salah satu cara yang bagus untuk mengurangkan badan dimasuki angin adalah dengan memakai lotion panas yang boleh melegakan perut anda dan membuang angin.

Terdapat pelbagai lotion panas bagi wanita hamil. Antaranya adalah Care Lotion Ellsee yang bagus dan efektif bagi wanita hamil semasa tempoh kehamilan dan selepas bersalin.

  • Minum air secukupnya

minum air secukupnya

Minum air dengan secukupnya boleh melegakan simptom yang anda alami. Anda digalakkan untuk minum sebanyak 8 hingga 10 cawan setiap hari.

Elakkan minum air berkarbonat atau air yang mengandungi banyak gula kerana ia akan meningkatkan lagi angin dalam badan.

  • Buat senaman dan aktif bergerak

kurangkan angin dalam badan

Selain daripada memastikan anda kekal cergas, melakukan senaman dapat mencegah masalah sembelit serta melancarkan proses penghadaman anda.

Anda juga tidak perlu melakukan senaman yang terlalu berat. Berjalan selama 30 minit setiap hari juga dapat membantu untuk membuang angin dalam badan anda.

Pastikan anda merujuk kepada doktor anda terlebih dahulu sebelum melakukan apa-apa senaman bagi memastikan ia selamat untuk dilakukan ketika hamil.

  • Kurangkan makanan yang berangin

Antara makanan yang boleh menyebabkan angin dalam badan adalah seperti produk tenusu, bawang merah, gandum, kacang, kobis, kentang dan brokoli.

Makanan yang berminyak juga boleh memperlahankan proses pencernaan yang akan meningkatkan lagi angin.

Anda juga boleh merujuk kepada pakar pemakanan atau doktor anda terlebih dahulu supaya mereka boleh menyarankan diet yang berkhasiat dan seimbang untuk wanita hamil.

 

  • Makan perlahan-lahan

Makan dengan terburu-buru akan menyebabkan angin masuk dalam badan anda kerana anda akan menelan angin juga dan perut anda akan menjadi kembung.

Pastikan anda kunyah makanan dengan perlahan-lahan dan tidak gelojoh bagi mengelakkan angin masuk bersama makanan anda.

  • Makan makanan berserat

Makanan yang berserat seperti dalam buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan kekacang sangat bagus untuk mencegah atau melegakan sembelit.

Ini kerana ia dapat memudahkan penyerapan nutrien dan proses penghadaman serta memastikan kesihatan usus anda.

 

Kesimpulannya, angin dalam badan merupakan simptom yang biasa berlaku pada wanita hamil. Remedi-remedi di atas serta gaya hidup yang sihat boleh membantu mencegah masalah ini.

Jika anda mencari produk untuk ibu yang sedang hamil atau berpantang yang berkualiti tinggi dan berpatutan di Malaysia, Ellsee adalah pilihan yang terbaik buat anda!

Care Lotion Ellsee merupakan lotion panas yang sangat efektif dalam mengatasi masalah angin dalam badan bagi wanita hamil.

care lotion ellsee

Kami juga menawarkan produk kehamilan yang lain seperti:

  • Pre Mamma Botanical Juice
  • La Baby Essential Oil
  • Post Mamma

Produk kami diformulasikan dengan bahan bermutu, dihasilkan oleh badan yang diiktiraf Halal dan GMP, diuji serta dipantau rapat oleh Penasihat Saintifik yang telah diiktiraf.

DAPATKAN CARE LOTION ELLSEE DISINI!