Sweet September EXC Dan MC Team Ellsee

Bertarikhkan 15 September 2018, Love Connections Sdn Bhd (Ellsee) telah mencipta lagi sejarah baru syarikat dengan melancarkan model bisnes baru untuk Ellsee, iaitu EMDC, Ellsee Million Dollar Club.

Sejarah 15 September juga merupakan tarikh kelahiran syarikat Ellsee dengan pengeluaran produk terawal Ellsee (dahulunya brand LaMamma), iaitu PreNatal (sekarang PreMamma) dan PostNatal (sekarang PostMamma) yang telah digunapakai dan kemudiannya dipasarkan oleh Pengarah Pengurusan Ellsee sendiri, Puan Norsahida Mohamad Said, seketika beliau hamil anak keduanya, Dhiyaurrahman.

Tarikh yang bersejarah ini telah menggenapkan umur Dhiyaurrahman 2 tahun, bersinambungan juga dengan usia syarikat ini yang telah membangun selama 2 tahun. Pelancaran model EMDC ini telah dilakukan di MA Smart Consultancy, Taman Pinggiran Mutiara Gombak, KM 11 Jalan Gombak.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart