Susu Untuk Ibu Hamil: Kaya Dengan Khasiat Yang Baik
Ramai ibu hamil di Malaysia berada dalam dilema apabila menyebut tentang susu ibu hamil. Dilema ini menyebabkan mereka tidak pasti tempoh pengambilannya.
Antara dilema yang mereka hadapi ialah tempoh pengambilan dan nutrisi terkandung di dalam produk tersebut.
Oleh itu, kami akan berkongsi beberapa info penting seperti kepentingan pengambilan susu dalam golongan ibu hamil, perbezaan 3 jenis susu dan sebagainya.
Untuk mengetahui maklumat ini dengan lebih lanjut, mari baca artikel ini sehingga habis.
Kepentingan Susu Untuk Ibu Hamil
Pada bahagian ini, kami akan berkongsi beberapa kepentingan susu untuk ibu hamil. Info ini amat penting agar mereka dan kandungan di dalam perut sihat berpanjangan.
-
Keperluan kalsium harian yang tinggi
Seorang ibu hamil memerlukan kalsium melebihi 1,000mg setiap hari.
Sebenarnya, kandungan kalsium yang tinggi ini penting buat kedua-dua pihak; ibu dan si anak kandungan.
Antaranya ialah pertumbuhan gigi dan juga tulang buat bayi dalam rahim.
Tahukah anda bahawa satu cawan susu mengandungi kira-lira 305mg kalsium. Disebabkan itu, wanita hamil digalakkan untuk mengambil sebanyak 3 cawan susu pada setiap hari.
Dengan ini, ibu dan anak di dalam kandungan akan menerima keperluan kalsium yang mencukupi.
-
Mencegah pelbagai masalah kesihatan semasa hamil
Sepanjang tempoh mengandung, para ibu lebih mudah berhadapan dengan masalah-masalah kesihatan seperti gastrik, kejang otot, dan pedih ulu hati.
Bagi mengurangkan masalah-masalah kesihatan tersebut, para ibu hamil digalakkan untuk minum susu.
Hal ini kerana susu bertindak sebagai antacid yang membantu untuk melegakan simptom gastrik dan pedih ulu hati.
Tambahan lagi, kandungan kalsium yang terkandung dalam susu juga mampu mengurangkan kejadian otot kejang yang kebiasaannya berlaku dalam golongan ibu mengandung.
-
Mengurangkan risiko kesihatan pada bayi
Buat pengetahuan anda, susu juga mengandungi khasiat vitamin D yang bagus untuk kesihatan tubuh badan.
Pengambilan vitamin D melalui produk tenusu sepanjang tempoh kehamilan membantu untuk merendahkan risiko sclerosis multiple (sklerosis berbilang) dalam kalangan bayi.
Dalam pada itu, vitamin D juga dapat mencegah risiko masalah kurang berat badan yang dihadapi oleh bayi.
-
Menggalakkan pertumbuhan bayi
Pengambilan susu amat bagus untuk keseluruhan kesihatan tubuh badan. Ia mengandungi nutrisi protein yang tinggi yang amat diperlukan oleh golongan ibu hamil.
Nutrisi protein membantu dalam pembentukan rahim, sel darah merah serta penghasilan tisu janin.
Jenis-jenis Susu Yang Terbaik Buat Ibu Hamil
Setelah anda mengetahui kepentingan pengambilan susu oleh golongan ibu hamil, kini, anda perlu cakna akan jenis-jenis susu yang terbaik untuk mereka.
Ini disebabkan setiap jenis susu mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Untuk mendapatkan info lanjut, teruskan membaca.
-
Susu lembu
Susu lembu merupakan sumber makanan sihat yang diperkaya dengan protein, vitamin D, vitamin B, dan lemak yang diperlukan oleh ibu hamil dan anak dalam kandungan.
Secara lazimnya, penambahan susu lembu di dalam menu hidangan harian adalah selamat. Ia tidak mendatangkan apa-apa kesan yang boleh memudaratkan kepada si ibu.
Namun begitu, terdapat para ibu hamil yang tidak boleh minum susu lembu sepanjang tempoh kehamilan. Ia digelar sebagai lactose intolerance.
Jadi, mereka perlu memilih susu yang tidak mengganggu sistem penghadamannya.
-
Susu kambing
Pengambilan susu kambing dalam kalangan rakyat Malaysia mula menerima sambutan. Orang ramai kini sedar akan nutrisi yang terkandung dalam susu tersebut.
Susu kambing mengandungi vitamin B2 yang membantu untuk meningkatkan sistem imuniti dan antibody dalam kalangan ibu hamil.
Selain itu, susu kambing mengandungi kandungan globul lemak yang rendah.
Ia membantu untuk meningkatkan metabolisme badan dan juga mengurangkan masalah kolesterol.
-
Susu berasaskan tumbuhan
Seperti yang dinyatakan di atas, terdapat para ibu hamil yang sensitif terhadap susu haiwan. Untuk mengatasi masalah ini, mereka boleh mengambil susu berasaskan tumbuhan.
Susu ini termasuklah susu soya, susu oat, susu badam dan sebagainya. Susu berasaskan tumbuhan tidak mengandungi kandungan laktosa.
Untuk itu, masalah penghadaman dalam kalangan ibu hamil dapat dikurangkan dengan pengambilan susu yang berasaskan tumbuhan.
Untuk pengetahuan anda, minuman susu ini diperkaya dengan kandungan protein dan mineral. Ini adalah untuk memastikan si ibu mendapat khasiat kesihatan yang secukupnya.
Walau bagaimanapun, si ibu diingatkan untuk lebih cakna akan kandungan gula yang terkandung di dalam produk ini.
Anda boleh memilih susu berasaskan tumbuhan yang tidak mengandungi kandungan gula.
Jangan Lupakan Amalan Gaya Hidup Sihat
Amalan gaya hidup sihat adalah sama penting dengan pengambilan susu.
Anda perlu memastikan aktiviti harian seperti makan, minum dan juga senaman dibuat dalam pergerakan yang minimal.
Ini bertujuan supaya aktiviti yang dilakukan tidak mendatangkan mudarat kepada kedua-dua pihak, ibu dan anak kandungan.
Untuk itu, si ibu perlu minum air yang mencukupi sepanjang tempoh hamil. Ini untuk memastikan peredaran darah yang lancar di dalam tubuh si ibu.
Selain itu, si ibu juga dinasihatkan untuk mengutamakan pengambilan makanan yang seimbang.
Pastikan hidangan anda mengandungi protein, vitamin dan sebagainya dalam jumlah yang mencukupi.
Bagi mengelakkan rasa kejang pada anggota badan, anda boleh melakukan senaman ringkas di rumah.
Ini juga untuk memastikan anda sentiasa berada dalam keadaan yang sihat.
Secara kesimpulannya, pengambilan susu dalam kalangan ibu hamil amat digalakkan.
Ia adalah untuk memastikan agar si ibu menerima khasiat yang secukupnya sepanjang tempoh kehamilan.
Sekiranya anda mengalami lactose intolerance ataupun tidak menggemari produk tenusu berasaskan tumbuhan, anda boleh mencuba Pre Mamma daripada Ellsee.
Pre Mamma ini diperbuat daripada bahan-bahan organik yang bagus untuk kesihatan tubuh badan seperti kurma Ajwa, madu, Habbatussauda, buah delima, dan juga vitamin C.
Berikut merupakan kebaikan mengamalkan La Mamma:
- Menaikkan bacaan haemoglobin (HB) dalam darah
- Mengurangkan rasa mual yang disebabkan oleh alahan
- Memberi tenaga
- Membantu untuk melancarkan proses pencernaan
- Mengembalikan selera makan ketika tempoh hamil
- Emosi lebih stabil dan tenang
Cara pengambilannya juga amat mudah. Anda hanya perlu mengamalkan jus ini 2 kali sehari (pagi dan malam) selepas makan.
Jadi, mari dapatkan jus Pre Mamma daripada Ellsee untuk mendapatkan kandungan nutrien berpanjangan ketika tempoh hamil.
Leave A Comment