Sakit Sendi Dalam Kalangan Ibu Mengandung

Sebagai ibu yang mengandung, anda akan mengalami banyak kesakitan seperti sakit sendi yang akan menyebabkan badan anda letih.

Oleh itu, anda perlu mengambil tahu tentang perkara ini sebagai ibu mengandung atau sebagai seorang yang mempunyai isteri atau rakan yang sedang menunggu masa untuk bersalin.

Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda tentang sakit sendi dalam kalangan ibu mengandung serta beberapa cara untuk merawatnya.

Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat maklumat yang berfaedah.

 

Punca Sakit Sendi Ibu Mengandung

sakit sendi

Terdapat banyak kemungkinan yang menyebabkan anda mengalami sakit sendi sebagai ibu mengandung. Kami akan menerangkan beberapa punca di bawah.

1. Kurang pengambilan kalsium

Sebagai ibu mengandung, anda perlu ingat untuk makan dan minum dengan cukup kerana anda bukan sahaja makan untuk diri anda, tetapi juga untuk bayi dalam kandungan.

Salah satu nutrien yang sangat penting untuk dijaga adalah kalsium kerana ia boleh membantu mengelakkan anda sakit sendi.

Ini kerana kekurang kalsium boleh menggangu perederan yang lancar dan menyebabkan tulang anda tidak dapat berfungsi dengan baik kerana kalsium penting untuk kesihatan tulang.

2. Peningkatan Berat Badan

Perkara kedua yang boleh menyebabkan sakit sendi adalah perkara yang tidak boleh dielakkan bagi ibu mengandung iaitu peningkat berat badan.

Ini akan menyebabkan tekanan kepada lutut, kaki dan bahagian lain kerana ia tidak biasa dengan berat badan baru anda dan mungkin menyebabkan anda berasa sakit pada waktu tertentu.

Oleh itu, anda perlu berhati-hati dengan melakukan aktiviti harian anda kerana badan anda tidak sama seperti dulu ketika anda sedang hamil.

3. Postur Berubah

Dengan peningkatan berat badan, ia juga akan menyebabkan anda mengalami perubahan postur dan memerlukan anda untuk biasakan diri.

Ini akan menyebabkan banyak perkara seperti perubahan cara jalan, cara naik tangga dan sebagainya. Ia boleh menyebabkan sakit sendi badan anda tidak biasa dengan postur tersebut.

4. Peningkatan Hormon

Apabila seorang wanita hamil sedang memasuki trimester ketiga, ia akan menyebabkan badan anda menghasilkan hormon kehamilan dengan banyak.

Ini kerana ia mempersiapkan badan anda untuk proses kelahiran supaya anda bersedia. Dengan penambahan hormon itu, ia boleh menyebabkan anda sakit sendi pada lutut.

Ia adalah satu jenis sakit sendi yang biasa dialami oleh ibu mengandung pada waktu ini.

 

Cara Mengurangkan Sakit Sendi Untuk Ibu Mengandung

Sebagai ibu mengandung, sudah tentu cara rawat sakit mereka seperti sakit sendi tidak sama dengan orang lain kerana badan mereka perlu dijaga dengan baik untuk kesihatan bayi.

Oleh itu, kami akan menerangkan beberapa cara yang sesuai  untuk mengurangkan sakit sendi bagi ibu yang mengandung.

1. Mengambil Makanan Yang Sihat

makan makanan sihat

Oleh kerana anda juga makan dan minum untuk bayi dalam kandungan, ia sangat penting untuk mengambil makanan yang penuh dengan nutrien yang sihat untuk tubuh badan.

Antara nutrien yang sangat penting untuk ibu hamil adalah kalsium, zat besi,protein dan beberapa vitamin lain seperti Vitamin D dan Vitamin B.

Oleh itu, anda boleh merujuk dengan doktor anda untuk cadangan makanan dan diet yang sesuai supaya anda dapat mengambil nutrien yang cukup untuk anda dan bayi.

2. Rehat Dengan Cukup

rawat sakit sendi

Cara untuk mengurangkan sakit sendi yang kedua sangat senang namun ramai ibu tidak mengambil cara ini dengan serius iaitu rehat dengan cukup.

Jika anda mempunyai banyak kerja di rumah, minta suami atau anak untuk membantu anda kerana berehat sangat penting untuk membantu anda melalui proses kehamilan dengan baik.

Pastikan anda mendapat tidur dengan cukup supaya anda tidak letih pada setiap hari kerana ia boleh menyebabkan anda sakit sendi dan sakit lain.

3. Tidak Mengangkat Barang Berat

Anda juga disarankan oleh pakar untuk mengelakkan diri anda dari mengangkat barang yang berat semasa anda hamil.

Ini untuk mengelakkan tekanan pada badan anda kerana badan baru anda tidak sama seperti dulu.

Tekanan banyak kepada badan seperti pada lutut dan kaki boleh menyebabkan sakit sendi yang teramat. Oleh itu, jangan angkat barang yang berat dan biarkannya untuk orang lain.

4. Urut

Cadangan terakhir untuk anda adalah untuk melalui sesi urut yang khusus untuk ibu mengandung. Ini sangat bagus untuk fizikal dan juga mental anda.

Anda akan berasa sangat tenang dan ia juga akan membantu sendi dan badan anda untuk berasa lega untuk beberapa hari selepas sesi tersebut.

Pastikan anda memilih syarikat atau tukang urut yang boleh dipercayai supaya anda tidak akan mengalami masalah pada sesi tersebut.

Kesimpulannya, sakit sendi adalah satu perkara yang tidak boleh diambil sebagai perkara yang remeh untuk ibu mengandung.

Jika anda mencari produk atau servis yang boleh membantu anda semasa anda sedang hamil atau waktu berpantang, anda boleh lihat di Ellsee!

ellsee

Kami mempunyai banyak produk yang diformulasi oleh pakar supaya semua produk selamat dan sesuai digunakan untuk ibu mengandung.

Antaranya ialah Care Lotion. Losyen jenis panas ini membantu untuk meredakan rasa sakit pada sendi, kejang otot, dan juga membuang angin daripada badan. 

losyen meredakan rasa sakit

Produk ini amat bersesuaian untuk golongan ibu hamil dan yang sedang dalam berpantang. 

Anda hanya perlu sapu losyen ini pada anggota badan yang berkenaan sahaja seperti betis, belakang badan, dahi, dan perut. 

Ini adalah beberapa sebab anda perlu memilih produk kami:

  • Suci dan Bersih

Produk yang dihasilkan daripada bahan-bahan alami sahaja.

  • Diiktiraf Berdaftar

Produk farmaseutikal dan kosmetik berdaftar dengan KKM.

  • Penasihat Saintifik

Mendapat pemantauan rasmi dari penasihat saintifik.

  • GMP dan Halal

Dihasilkan dari kilang yang berstatus GMP dan Halal.

Jika anda mempunyai apa-apa soalan tentang servis atau produk kami, anda boleh ke laman web kami untuk maklumat yang lebih lanjut.

Dapatkan Care Lotion Ellsee Sekarang!