Sakit Perut Ketika Hamil: Mommy, Apa Kena Buat?
Seperti yang kita tahu, wanita yang hamil akan mengalami pelbagai perubahan pada badan mereka.
Perkara ini pastinya sudah dijangkakan oleh semua wanita yang hamil kerana badan perlu bekerja keras untuk memenuhi keperluan ibu dan kandungannya.
Namun, kadangkala para ibu akan mengalami beberapa masalah kesihatan yang mungkin boleh merunsingkan hati.
Salah satunya adalah sakit perut ketika hamil.
Ramai yang akan terus berfikiran negatif, takut apa-apa terjadi kepada kandungan mereka.
Terutamanya para ibu pertama kali yang tak pernah ada pengalaman mengandung.
Jangan panik dulu, jom baca untuk tahu lebih lanjut tentang sakit perut anda alami semasa hamil dan bagaimana cara untuk mengurangkannya.
Normal Ke Sakit Perut Ketika Hamil?
Masalah sakit perut ketika hamil boleh jadi menakutkan kepada para ibu.
Tetapi para ibu perlu belajar untuk tenang dan jangan panik, perhatikan simptom-simptom sakit perut yang anda alami supaya senang untuk cari jalan penyelesaian.
Mungkin ramai yang tertanya sama ada sakit perut semasa hamil adalah sesuatu perkara yang normal.
Sakit atau senak perut ketika hamil adalah normal.
Kata lainnya adalah cramp.
Cramp di bahagian perut semasa hamil ni mungkin berlaku disebabkan masalah sembelit atau peningkatan pengaliran darah ke kawasan rahim.
Dengan bertambahnya usia kandungan, sebarang kesakitan pada kawasan abdomen mungkin disebabkan kontraksi Braxton Hicks atau sakit ligamen.
Selain kontraksi palsu dan sakit ligament, wanita hamil juga boleh senak perut disebabkan kondisi lain yang perlu dapatkan rawatan lanjut.
Contoh kondisi tersebut adalah kencing kotor, keguguran, kelahiran awal atau praeklampsia.
Sebab Sakit Perut Ketika Hamil
Sakit perut ketika hamil boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kontraksi Braxton Hicks
Kontraksi Braxton Hicks, secara mudahnya, adalah keadaan yang berlaku kerana rahim kita mula berlatih kontraksi untuk melahirkan bayi.
Biasanya kontraksi Braxton Hicks tidak menyakitkan dan hanya membuatkan ibu hamil tidak selesa tetapi ada juga ibu hamil yang merasakan ianya sakit.
Kontraksi Braxton Hicks ini dikenali sebagai kontraksi palsu yang sangat berbeza dengan kontraksi melahirkan anak tetapi boleh mengelirukan ibu yang hamil.
Apabila kontraksi Braxton Hicks ini berlaku, anda akan terasa di bahagian atas rahim atau perut bahagian bawah dan pangkal paha.
Kontraksi palsu ini terjadi pada waktu yang sangat panjang dan sela masa yang berbeza dengan kontraksi sebenar.
Cara mengesan sama ada anda mengalami kontraksi sebenar atau Braxton Hicks adalah melihat sama ada anda boleh teruskan lakukan apa yang anda sedang lakukan ataupun tidak.
Kontraksi sebenar akan membuatkan anda tinggalkan segala perkara yang anda sedang lakukan dan minta bantuan.
- Sakit ligamen pusingan
Sakit ligamen pusingan datang daripada abdomen bahagian bawah (atau pada bahagian dalam rahim) ke pangkal peha.
Kesakitan ini adalah lebih kepada ketidakselesaan yang anda alami apabila anda menukar posisi secara mengejut.
Sakit ini biasanya anda akan alami semasa trimester kedua tetapi akan beransur pulih dengan sendirinya.
Rasa sakit ligamen pusingan adalah ringkas, tajam dan menusuk.
Jika anda mengalami ketidakselesaan yang melampau, lebih baik anda dapatkan nasihat daripada pakai obsterik-ginekologi untuk diagnosis dan rawatan.
- Sembelit & gas/angin
Semasa hamil, tahap progesteron akan meningkat menyebabkan perjalanan makanan melalui saluran penghadaman lebih perlahan.
Pastikan anda minum air dengan kerap, makan makanan yang kaya dengan serat atau bersenam.
Jika anda mempunyai masalah sembelit yang sukar diselesaikan, anda boleh berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan ubat pelembut najis.
- Sebab-sebab lain
Sakit perut ketika hamil juga boleh disebabkan oleh sebab-sebab semulajadi dan tidak berbahaya yang lain.
Contohnya anda mungkin sakit perut kerana uterus sedang membesar, virus perut, batu karang, fibroid dan sensitif kepada sesetengah jenis makanan.
Baca Juga:
Cara Kurangkan Sakit Perut
Cara rawatan sakit perut atau senak adalah bergantung kepada punca kesakitan yang dialami.
Jom kami kongsi beberapa tip yang mungkin berkesan untuk mengurangkan sakit perut ketika hamil.
- Tinggikan kaki ketika tidur
Jika anda jenis kerap sakit perut ketika berbaring, cuba tinggikan kaki anda dengan meletakkan bantal pada hujung kaki.
Dengan cara ini, anda dapat meningkatkan peredaran darah, mengurangkan kekejangan di kawasan abdomen dan mengurangkan tekanan pada kawasan perut.
Ia akan membuatkan belakang badan anda rasa lega dan lebih ringan terutamanya ibu-ibu yang penat disebabkan perut yang sudah memboyot.
- Berbaring dan relaks
Kadangkala ibu yang hamil mengalami senak di bahagian perut kerana terlalu tertekan.
Oleh itu, cuba relaks dengan melakukan senaman ringan, minum teh panas atau berehat sekejap.
Latihan pernafasan juga membantu mengurangkan stres.
Jadi, jika anda mula rasa sakit perut, cuba anda baring dan rehat sebentar atau lakukan aktiviti yang membuatkan tenang dan relaks.
- Minum banyak air
Kekejangan selalunya berlaku jika badan anda kekurangan air jadi pastikan ibu-ibu hamil minum air dengan mencukupi.
Anda dinasihatkan minum 8 gelas air sehari untuk mengurangkan masalah sakit perut.
Cara ini juga boleh mengurangkan simptom sakit abdomen yang disebabkan sembelit.
Selain itu, anda juga boleh amalkan mengambil makanan yang mengandungi banyak air seperti kubis, bayam, lobak merah dan lada benggala.
Kesimpulannya, sakit perut ketika hamil ialah normal dan biasa dialami tetapi jika anda risau tentang kesihatan anda dan kandungan anda, dapatkanlah nasihat pakar kesihatan.
Bagi mereka yang ingin mencari produk atau servis yang boleh membantu anda ketika hamil atau berpantang, anda boleh dapatkannya dengan Ellsee.
Ellsee menawarkan produk yang diformulasikan dan diuji secara saintifik serta mendapat pensijilan badan terkait.
Yang menariknya, produk-produk Ellsee adalah moden tetpai mengandungi ramuan tradisional khusus buat ibu hamil, berpantang dan buat anak-anak.
Produk Ellsee adalah suci dan bersih di mana ia dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi sahaja.
Yang paling penting sekali, produk-produk ini adalah Halal dan dihasilkan oleh kilang yang berstatus GMP.
Anda perlukan produk untuk ketika anda sedang hamil, untuk bayi dan anak-anak anda atau untuk anda kekal cantik berseri selepas melahirkan, semuanya ada di Ellsee!
JANGAN TUNGGU LAGI MOMMIES SEKALIAN, DAPATKAN PRODUK ELLSEE SEKARANG!
Leave A Comment