Sakit Lutut Di Kalangan Wanita Hamil
Wanita hamil lazimnya sentiasa diuji dengan pelbagai ketidakselesaan sama ada pada awal, pertengahan atau akhir trimester kehamilan.
Ada yang mengalami alahan dan hidrasi teruk sehingga perlu mendapatkan rawatan di hospital.
Terdapat juga ada yang mengalami kenaikan berat badan secara mendadak akibat perubahan selera makan.
Di dalam kegembiraan bakal menimang cahaya mata, ibu mengandung pasti terganggu sedikit kesihatan mereka seperti sakit lutut.
Definisi Sakit Lutut Atau Knee Osteoarthritis (OA)
Knee Osteoarthritis (OA) atau sakit lutut adalah masalah keradangan yang berlaku pada bahagian sendi lutut.
Ia berpunca daripada proses penipisan lapisan tulang rawan yang berlaku secara beransur-ansur dan mengakibatkan keradangan. Ia juga dipanggil sebagai proses ‘wear and tear’.
Individu tersebut akan terbatas pergerakan lututnya di mana seseorang itu akan mengalami kesukaran untuk membengkok lutut sepenuhnya.
Keadaan ini juga akan menyebabkan kesakitan dan mengehadkan aktiviti harian individu terbabit. Bagi golongan yang berumur, kondisi ini akan bertambah teruk disebabkan oleh pengurangan penghasilan cecair pelincir di dalam sendi.
Terdapat banyak sebab yang berlakunya kesakitan di kawasan tersebut dikalangan ibu hamil. Jom ketahui puncanya di bawah.
6 Punca Sakit Lutut Di Kalangan Ibu Hamil
-
Peningkatan Berat Badan Ketika Hamil
Pertambahan berat badan ibu mengandung yang sihat penting untuk menjamin pertumbuhan bayi yang semakin membesar.
Berat badan semakin bertambah sepanjang kehamilan akan meningkatkan tekanan pada sendi kaki, pinggul, lutut, dan pergelangan kaki walaupun hanya melakukan aktiviti biasa seperti berjalan atau naik tangga.
-
Hormon Kehamilan Meningkat
Ketika ibu sudah masuk ke trimester ketiga, maka hormon kehamilan lebih banyak dihasilkan untuk bahagian ligamen pinggul dan tendon bagi mempersiapkan proses kelahiran.
Ketika hormon ini dirembeskan, ia akan turut mempengaruhi bahagian ligamen dan tendon pada lutut, di mana bahagian tempurung lutut mungkin akan sedikit ‘lari’ daripada kedudukan asalnya.
Keadaan ini boleh menyebabkan mengalami sakit lutut yang kerap dan kadangkala memicu kekejangan pada kaki.
-
Bersenam Berlebihan
Jika ibu hamil bersenam berlebihan ketika hamil, ini akan menyebabkan sakit lutut.
Aktiviti seperti squat bermanfaat bagi membantu bukaan serviks sebanyak 10% tetapi juga dapat mengakibatkan sakit pada lutut pada ibu hamil jika dilakukan secara berlebihan.
Ibu hamil dinasihatkan supaya tidak bersenam sehingga memaksa diri dan sentiasa berhati-hati.
-
Edema / Water Retention
Ketika hamil ramai wanita akan mengalami masalah bengkak kaki, terutamanya pada buku lali dan tapak kaki yang disebabkan oleh water retention atau edema.
Sakit lutut ketika hamil boleh berlaku kerana badan ibu hamil menyimpan lebih banyak cecair daripada biasa.
Apabila bayi semakin membesar, tekanan akan menjejaskan salur darah besar yang menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah.
Tekanan yang diterima ini menyebabkan peredaran darah di bahagian itu menjadi perlahan dan mengakibatkan darah terkumpul.
Seterusnya, tekanan daripada darah yang terkumpul ini memaksa air turun dan keluar melalui salur darah kecil masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali.
Ibu hamil mungkin akan mendapati kebengkakan ini lebih teruk pada waktu petang dan malam dan lega sedikit pada waktu pagi setelah anda tidur sepanjang malam.
Sebab itulah para suami kena faham kenapa isteri selalu mengadu sakit kaki terutamanya waktu malam.
-
Perubahan Postur Fizikal
Disebabkan perubahan fizikal yang berlaku pada ibu hamil, mereka perlu membiasakan diri dengan postur yang betul.
Ini bertujuan bagi membolehkan beban yang ditanggung tidak tertumpu kepada satu-satu bahagian saja.
Anda akan mengalami kesakitan pada bahagian bawah belakang badan, perubahan postur dan rahim akan menjadi lebih berat
-
Kekurangan Kalsium
Kalsium amat penting sepanjang kehamilan bagi mengelakkan kekejangan otot kaki ibu.
Pengambilan kalsium yang tidak mencukupi atau terlalu minimum akan mengganggu peredaran yang lancar sekaligus menyebabkan rasa sakit lutut ketika mengandung, kebas, sakit sendi dan kekejangan.
Jadi, semak balik cara pemakanan dan pastikan anda mengambil sumber kalsium secukupnya ketika hamil ya!
Cara Mengatasi Sakit Lutut Ketika Hamil
Bagi mengurangkan rasa sakit lutut, ibu mengandung mestilah lakukan seperti ini:
- Rehat dengan cukup
- Melakukan senaman regangan yang sesuai
- Mengambil makanan yang kaya dengan Omega-3 dan kalsium
- Tidak mengangkat beban berat
- Berurut
Bercakap mengenai urutan, ibu hamil boleh mengurut bahagian lutut dengan tekanan yang lembut dengan menggunakan minyak atau losyen.
Salah satu minyak atau losyen yang wajib ibu mengandung miliki adalah Care Lotion daripada Ellsee.
Care Lotion ialah losyen panas yang membantu masalah-masalah seperti:
- Membuang angin dalam badan
- Mengurangkan kekejangan otot
- Mengurangkan sakit-sakit sendi
- Membantu mencairkan lemak
- Sesuai dijadikan sebagai pilis/param untuk ibu lepas bersalin
Apa kandungan dalam Care Lotion? Di dalam Care Lotion mengandungi:-
- Delta
- Menthol
- Argan Oil
- Vitamin E
- Capsicum Annuum
- Apple Stem Cell
- Carboner
Di Ellsee, kami mempunyai pelbagai produk khusus buat ibu hamil dan berpantang yang diformulasikan dengan bahan bermutu, dihasilkan oleh badan yang diiktiraf Halal dan pensijilan GMP, diuji serta dipantau rapat oleh Penasihat Saintifik yang telah diiktiraf.
Leave A Comment