3 Posisi Tidur Ibu Hamil Yang Digalakkan

Posisi tidur ibu hamil ketika tempoh kehamilan memainkan peranan yang besar bagi memastikan ibu mendapatkan rehat yang secukupnya.

Masalah-masalah seperti kekejangan otot, kerap perlu ke tandas dan kerisauan ketika hamil boleh menyebabkan kesukaran untuk tidur dengan lena sekaligus menjejaskan kualiti tidur anda.

Posisi tidur yang tidak betul juga boleh menyebabkan berlakunya kecederaan kepada ibu dan bayi dalam kandungan. Oleh itu, mengamalkan posisi tidur yang betul sangat penting ketika hamil.

Di dalam artikel ini, kami akan berkongsi kepada anda tentang posisi tidur ibu hamil yang digalakkan serta lima tips bagi ibu yang hamil untuk tidur dengan lebih lena sepanjang tiga trimester.

Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

 

Posisi Tidur Ibu Hamil 

posisi tidur ibu hamil

 

  • Mengiring Ke Sebelah Kiri

Salah satu posisi tidur ibu hamil yang bagus adalah posisi tidur mengiring ke sebelah kiri.

Posisi ini sangat digalakkan kerana urat vena besar (inferior vena cava) boleh mengalir selari dengan tulang belakang di bahagian kanan badan jika tidur mengiring sebelah kiri.

Ini dapat memastikan pengaliran darah yang lebih optimum dalam badan, terutamanya dari jantung ke bayi dalam kandungan, serta dapat mengurangkan tekanan pada hati.

Dengan pengaliran darah yang lebih optimum, nutrisi dan oksigen yang diperlukan oleh bayi juga lebih mudah disalurkan melalui plasenta.

Di samping itu, tidur mengiring juga posisi yang paling selesa bagi ibu hamil bagi perut mereka yang semakin membesar. 

Posisi tidur ibu hamil ini tidak akan menyebabkan kecederaan berlaku serta memberikan sokongan pada perut mereka ketika sedang tidur.

 

  • Mengiring Sebelah Kanan

posisi tidur ibu hamil

Seperti tidur mengiring sebelah kiri, posisi mengiring sebelah kanan juga antara posisi tidur ibu hamil yang disyorkan.

Tidur mengiring sebelah kanan juga adalah posisi tidur ibu hamil yang selamat serta ideal bagi ibu hamil dan memberikan sokongan pada perut yang membesar.

Walau bagaimanapun, kerap tidur dalam posisi ini mempunyai risiko kecil berlakunya kemampatan urat vena besar dan pengaliran darah tidak akan lancar.

Oleh itu, posisi tidur sebelah kiri adalah lebih digalakkan bagi ibu yang hamil.

 

  • Tidur Dengan Lutut Bengkok

Posisi baring di sisi dengan lutut bengkok dapat membantu untuk mengatasi loya ketika hamil. 

Cuba letakkan bantal di antara lutut untuk membantu keselesaan. Ini akan membantu sebarang kesakitan pada pinggul dan pelvis anda. 

Posisi ini juga boleh membantu dengan sebarang kekejangan kaki atau kaki gelisah – kedua-duanya adalah simptom biasa semasa kehamilan.

 

5 Tips Ibu Hamil Tidur Lena

  • Melegakan Kaki Kejang

Salah satu masalah besar yang sering menjejaskan kualiti tidur bagi wanita hamil adalah kekejangan otot, terutamanya pada kaki mereka.

Melakukan regangan pada betis sebelum tidur serta minum air secukupnya dapat mengurangkan kekejangan kaki yang boleh mengganggu tidur.

Terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa mengambil magnesium yang secukupnya boleh mengurangkan masalah kejang kaki ini.

Oleh itu, makan makanan yang kaya dengan magnesium seperti kekacang dan bijian penuh dapat melegakan masalah ini.

 

  • Peluk Bantal

Ibu yang hamil boleh cuba untuk meletakkan sebiji bantal di perut bagi memberikan sokongan pada abdomen mereka.

Tekanan dan ketegangan pada tulang belakang juga boleh dikurangkan dengan meletakkan sebiji bantal di celah-celah kedua belah lutut.

 

  • Jaga Pemakanan

posisi tidur ibu hamil

Sindrom kaki yang sentiasa bergerak ketika hendak tidur biasa berlaku pada ibu hamil. Biasanya, ini disebabkan oleh kekurangan zat besi dalam badan.

Oleh itu, pastikan diet anda kaya dengan zat besi yang boleh didapati dari ikan dan daging tanpa lemak.

Masalah pedih hulu hati juga boleh berlaku pada ibu hamil sebelum tidur. Jadi, anda boleh cuba untuk elakkan makanan yang pedas dan bergoreng, serta minuman berkarbonat.

 

  • Kurangkan Berulang-alik Ke Tandas

Berulang-alik ke tandas pada waktu malam juga merupakan antara masalah yang mengganggu kualiti tidur bagi ibu yang hamil.

Bagi mengatasi masalah ini, anda boleh cuba untuk minum air lebih banyak pada waktu siang dan kurangkan minum air pada waktu malam.

 

  • Mengamalkan Rutin Tidur

Cara yang bagus untuk memastikan anda tidur dengan lena adalah dengan mengadakan rutin tidur. Ini bermakna bangun dan masuk tidur pada waktu yang sama setiap hari.

Apabila anda mengamalkannya setiap hari, badan anda akan mula menyesuaikan diri dengan rutin tersebut dan anda akan lebih mudah untuk tidur pada waktu malam.

Kesimpulannya, terdapat beberapa posisi tidur ibu hamil yang disyorkan serta tips untuk tidur dengan lebih lena bagi ibu hamil yang anda boleh ikuti.

 

Jika anda sedang mencari produk yang terbaik untuk ibu yang mengandung, Ellsee merupakan pilihan yang tepat untuk anda!

posisi tidur ibu hamil

Formulasi penuh kebaikan, khusus untuk ibu mengandung, ibu berpantang dan anak tersayang, produk Ellsee merupakan produk terbaik untuk ibu mengandung.

Setiap produk yang kami keluarkan diformulasikan dan diuji secara saintifik serta mendapat pensijilan badan terkait.

Produk moden yang diisi dengan ramuan tradisional khusus buat ibu mengandung dan bersalin serta anak.

Antara produk kami adalah:

  • Jus Pre Mamma
  • Care Lotion
  • Essential Oil
  • Post Mamma

Ellsee juga menjamin produk berkualiti yang dihasilkan oleh syarikat yang dipercayai dan diuji secara saintifik serta Memenuhi Piawaian dan Sijil Pengiktirafan.

Produk kami juga:

  • Suci dan bersih
  • Produk berkualiti yang dihasilkan oleh syarikat yang dipercayai dan diuji secara saintifik serta Memenuhi Piawaian dan Sijil Pengiktirafan.
  • Diiktiraf berdaftar
  • Produk farmaseutikal dan kosmetik berdaftar dengan KKM.
  • Penasihat saintifik
  • Mendapat pemantauan rasmi dari penasihat saintifik.
  • GMP dan Halal
  • Dihasilkan dari kilang yang berstatus GMP dan Halal.

Kesimpulannya, produk Ellsee merupakan produk terbaik untuk ibu mengandung yang anda patut beli!

Jom Shopping Di Ellsee!