Pantang Larang Ibu Mengandung: Bakal Mommy Take Note Ya!

Apabila bergelar wanita mengandung, sudah pasti anda biasa mendengar tentang pantang larang ibu mengandung.

Tapi mengapa perlunya anda mengetahui pantang larang ini?

Para bakal ibu haruslah berusaha dengan gigih untuk mengelakkan diri mereka daripada sebarang perkara yang boleh membahayakan diri dan bayi dalam kandungan mereka.

Oleh itu, sangatlah penting untuk para ibu mengandung untuk mengetahui fakta tentang perkara yang patut dihindari sepanjang tempoh kehamilan ini.

Ini adalah untuk meminimumkan faktor risiko dan mengambil tahu apa yang harus dihindari semasa hamil untuk mengelakkan kebarangkalian masalah dari timbul.

Tahukan anda kebarangkalian ibu-ibu hamil mengandung bayi cacat adalah antara 3-5%?

Tetapi peratusan ini meningkat lebih tinggi apabila para bakal ibu terdedah kepada faktor yang bersifat teratogenik (yang menyebabkan kelahiran cacat) kepada bayi yang dikandung.

Teruskan membaca artikel ini untuk ketahui pantang larang yang perlu anda hindari ketika mengandung. 

 

Pantang Larang untuk Ibu Mengandung

  •  Jangan lupakan Asid Folik

pantang larang ibu mengandung

Seperti yang kita ketahui pengambilan makanan adalah faktor terpenting dalam mengekalkan kesihatan kita secara keseluruhan.

Diet yang tinggi asid folik adalah penting untuk bakal ibu, terutamanya sepanjang trimester pertama.

Kecacatan kelahiran biasanya berlaku dalam tempoh 3-4 minggu pertama kehamilan.

Oleh itu, adalah penting untuk para ibu mempunyai folat dalam sistem badan semasa peringkat awal ketika otak dan saraf tunjang bayi sedang berkembang.

Bayi yang mempunyai paras asid folik rendah sering mengalami kecacatan saluran saraf seperti spina bifida.

Justeru, para ibu disarankan untuk mengambil vitamin tambahan sepanjang tempoh kehamilan sebanyak 0.5mg asid folik setiap hari.

Selain dari vitamin tambahan, anda juga boleh dapatkan nutrien ini dalam makanan yang tinggi kandungan asid folik seperti sayuran hijau, bijirin, hati, dan limau gedang.

Baca juga:

Menu Berpantang: Pastikan Nutrien Ini Ada

Jerawat 

  • Listeria

Jangkitan listeria adalah penyakit bakteria dari makanan yang berbahaya untuk wanita hamil.

Listeria boleh mengakibatkan kematian bayi dalam kandungan dan komplikasi lain.

Sesetengah makanan adalah terlalu berisiko untuk dimakan oleh bakal ibu.

Antara makanan yang membawa penyakit ini adalah keju lembut, coslow, sushi, makanan laut, serta susu tidak dipasteur.

Jika anda ingin minum susu, adalah lebih baik untuk anda pilih susu yang dipastur atau UHT, ultra-heat treated.

Ini kerana susu mentah mungkin mengandungi bakteria yang menyebabkan keracunan makanan seperti E. coli, listeria, salmonella, atau campylobacter.

Oleh kerana anda berbadan dua, kecenderungan anda untuk jatuh sakit kerana kehamilan adalah lebih tinggi kerana sistem ketahanan badan anda terjejas.

  • Alkohol

Alkohol adalah pilihan minuman yang sangat tidak sihat bagi janin yang sedang berkembang.

Ia boleh menyebabkan kecacatan kelahiran kronik.

Setakat ini, tiada cadangan yang dikeluarkan oleh pengamal perubatan profesional berkenaan tahap kadar selamat untuk ibu mengambil alkohol semasa hamil.

Sama ada anda sedang merancang kehamilan, sedang hamil, atau menyusukan bayi, elakkan pengambilan minuman beralkohol adalah pilihan yang paling selamat.

  • Kafein

kafein

Ibu hamil disyorkan untuk menghadkan pengambilan kafein.

Pengambilan tahap kafein yang tinggi dapat meningkatkan risiko keguguran, berat badan lahir bayi kurang, dan menyukarkan proses kelahiran.

Had selamat bagi pengambilan kafein bagi ibu mengandung ialah 200mg/hari.

Setiap cawan kopi bersaiz sederhana mengandungi lebih kurang 130mg.

Oleh itu, menghadkan pengambilan kopi hanya secawan atau dua cawan sehari adalah lebih selamat.

Minuman berkarbonat juga perlu dihadkan kepada kurang 1 liter sehari.

  • Rokok

rokok

Kandungan nikotin dan pelbagai bahan kimia lain dalam rokok ada sangat berbahaya kepada janin.

Ibu yang merokok adalah berisiko untuk melahirkan bayi pramatang.

Selain itu, tubuh bayi yang dilahirkan oleh ibu merokok adalah lebih kecil berbanding bayi yang ibunya tidak merokok.

Terapi penggantian nikotin juga tidak disyorkan semasa mengandung.

Jika anda merokok, anda perlulah mencari pilihan lain untuk berhenti merokok.

  • Dadah

Ibu yang menggunakan dadah rekreasi boleh mengakibatkan peningkatan risiko kepada bayi yang dilahirkan untuk mengalami pelbagai komplikasi.

Antara gejala yang biasa dialami ialah keguguran, uri tertanggal, mati dalam kandungan, pramatang, dan ketagihan.

Jika anda mengalami isu ketagihan atau bergantung kepada dadah, terdapat banyak hospital bersalin besar yang menjalankan program khusus bertujuan untuk menyokong para ibu.

 

Kesimpulannya, pemakanan bukan sahaja faktor yang perlu diutamakan tetapi gaya hidup juga memainkan faktor yang besar dalam kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.

Adakah anda mencari produk untuk ibu mengandung atau berpantang yang berkualiti dan berpatutan? Ellsee adalah pilihan yang terbaik untuk anda!

Berikut adalah antara produk yang Ellsee tawarkan:

  • Pre Mamma Botanical Juice

jus untuk ibu hamil

Jus ini diperbuat daripada bahan-bahan organik yang bagus untuk kesihatan tubuh badan seperti kurma Ajwa, madu, Habbatus Sauda, buah delima, dan juga vitamin C.

  • Care lotion

losyen untuk ibu hamil

Care Lotion ialah losyen panas yang dapat membantu masalah seperti membuang angin dalam badan, mengurangkan kekejangan otot dan sakit sendi,kulit gatal dan membantu mencairkan lemak badan.

Jangan risau, produk Ellsee adalah diformulasikan dengan bahan yang bermutu, dihasilkan oleh badan yang diiktiraf Halal dan GMP, diuji serta dipantau rapat oleh Penasihat Saintifik yang telah diiktiraf.

Jangan tunggu lagi.

DAPATKAN PRODUK ELLSEE HARI INI!