Menu Berpantang: Pastikan Nutrien Ini Ada
Para ibu hamil perlu lebih berhati-hati dalam memilih menu berpantang. Ini bertujuan untuk memastikan agar mereka menerima nutrien yang secukupnya.
Nutrien yang mencukupi bukan hanya untuk diri mereka sahaja. Ia cukup amat penting untuk anak kecil yang berada di dalam kandungan.
Meskipun hal ini tampak remeh, ia sebenarnya dapat membantu kedua-dua pihak; ibu dan anak kandungan, sentiasa dalam keadaan yang terjaga.
Jadi, apakah nutrien penting dalam menu berpantang yang diperlukan oleh ibu hamil?
Ikuti artikel ini untuk mengetahui info penting dengan lebih lanjut.
Nutrisi Penting Untuk Ibu Hamil
Sebelum kami mencadangkan beberapa menu berpantang untuk ibu hamil, kami akan menerangkan nutrisi yang perlu diambil serta kebaikannya.
1. Asid Folik
Nutrien pertama yang paling penting buat golongan ibu hamil ialah asid folik. Sebenarnya, pengambilan asid folik boleh diamalkan 3 bulan sebelum fasa mengandung.
Ini adalah untuk memastikan kandungan folate di dalam badan ibu hamil adalah mencukupi. Ia amat penting untuk pembentukan saraf tunjang (spiral cord) kepada pembentukan janin.
2. Zat Besi
Kenapa ibu hamil perlu mengamalkan pemakanan atau health supplement yang tinggi kandungan zat besinya?
Anda perlu ingat bahawa ibu yang sedang hamil perlu menjaga kesihatan 2 tubuh iaitu dirinya dan juga anak di dalam kandungan.
Oleh itu, jangan pandang remeh terhadap perkara ini.
Pengambilan zat besi bertujuan untuk memastikan jumlah darah merah dalam badan mencukupi.
Terdapat beberapa faktor dan sebab ia diperlukan mengenai hal ini iaitu:
- Jumlah darah merah yang diperlukan dalam kalangan ibu hamil adalah amat tinggi.
- Untuk menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan.
- Membantu untuk mengelakkan risiko kelahiran pramatang.
- Bayi dalam kandungan juga akan menyimpan zat besi di dalam badan mereka.
- Untuk menghindari masalah pencernaan seperti sembelit dan cirit-birit.
3. Kalsium
Bukan bayi dan kanak-kanak kecil sahaja yang memerlukan kalsium. Ibu hamil juga perlu mengamalkan pemakanan atau minuman yang mempunyai kalsium.
Ia bertujuan untuk memastikan pembentukan tulang dan pertumbuhan gigi bayi terbentuk dengan elok, terutamanya ketika trimester.
Namun, bagi ibu hamil pula, pengambilan kalsium membantu untuk:
- Mengelakkan kekejangan otot pada kaki si ibu.
- Mengelakkan daripada berlakunya kerosakan gigi pada si ibu.
- Mengelakkan si ibu daripada mengalami pre-eklampsia
4. Vitamin D
Vitamin D amat penting bagi mengekalkan kesihatan tulang dan gigi. Ia membantu untuk memastikan nutrien kalsium dan fosforus yang diambil mencukupi di dalam badan.
Selain itu, vitamin D juga mempunyai fungsi-fungsi lain seperti:
- Melancarkan pengaliran darah di dalam pembuluh darah.
- Membantu untuk melawan infection.
- Membantu penyerapan kalsium.
- Mengcaseurangkan risiko penyakit tekanan darah tinggi dan diabetes dalam kalangan ibu hamil.
Makanan Yang Perlu Dielakkan
Sepanjang tempoh hamil, terdapat beberapa makanan yang perlu dielakkan oleh si ibu. Antaranya adalah seperti yang berikut:
1. Telur mentah
Ada sesetengah orang yang suka menikmati hidangan telur mentah. Sebenarnya, memakan makanan mentah boleh menjadi punca terjadinya bakteria salmonella.
Ini termasuklah makanan yang diperbuat daripada telur mentah seperti mayonis dan, caesar salad dan sebagainya.
2. Daging mentah/ separuh masak
Rata-rata ramai yang suka makan daging, betul? Tidak kira apapun jenis masakan yang berasaskan daging; Western atau Melayu, baunya sahaja sudah boleh membuka selera.
Tetapi, anda perlu lebih berhati-hati sebelum makan daging mentah.
Ini kerana ia boleh menyebabkan jangkitan E.Coli yang amat serius kepada anak yang berada dalam kandungan.
Selain daripada E.Coli, daging mentah juga penyebab utama kepada penyakit Salmonella, Clostridium, dan Perfringens.
3. Sayuran dan buahan yang tidak dibasuh
Apabila anda ingin memakan buah atau memasak sayuran, pastikan kedua-duanya sudah dibasuh dengan bersih.
Hal ini kerana sayuran dan buah-buahan terdedah kepada bahan kimia yang berbahaya daripada racun serangga. Bahkan, anda berisiko untuk dijangkiti penyakit Toxoplasmosis.
Toxoplasmosis ialah penyakit yang disebabkan parasit yang boleh ditemui dalam sayuran atau buah-buahan yang tidak dicuci dengan bersih.
4. Bahan-bahan yang tidak dipasteur
Pempasteuran merujuk kepada sejenis proses pemanasan makanan cecair. Ia bertujuan untuk membunuh bakteria yang ada dalam kandungan makanan.
Jadi, ibu hamil perlu mengelakkan daripada memakan makanan yang berasaskan bahan-bahan yang tidak dipasteur. Antaranya ialah keju, susu, dan telur.
Bahan-bahan yang tidak dipasteur ini boleh menyebabkan bakteria Listeria membiak pada permukaan makanan meskipun pada suhu yang sejuk.
5. Kekacang
Keluarga anda mempunyai sejarah alahan terhadap kekacang?
Sebaiknya, anda perlu mengelak daripada memakan kekacang sepanjang fasa hamil. Ini bertujuan untuk mengelakkan si anak kecil di dalam kandungan terkena alahan.
6. Jenis-jenis ikan yang dilarang
Hidupan laut sememangnya terkenal dengan pelbagai khasiat, namun, terdapat beberapa jenis ikan yang perlu dielak oleh ibu yang sedang hamil.
Ikan yang terdiri daripada kandungan merkuri yang tinggi seperti tuna putih, ikan tenggiri, todak, dan jerung.
Selain itu, makanan yang berasaskan ikan mentah contohnya sushi dan sashimi juga perlu dielakkan.
Menu Berpantang Yang Sesuai
1. Daging rebus asam
- Sediakan 1 mangkuk daging yang sudah dipotong
- 2 ulas bawang putih
- 1 asam keping
- Setengah inci halia
- Setengah inci lengkuas
- 2 ulas bawang merah
- Asam keping
- 1 sudu kecil ketumbar (ditumbuk secara kasar)
- Air
Langkah penyediaan:
- Bahan-bahan seperti halia, lengkuas, bawang putih dan merah perlu ditumbuk sehingga lumat.
- Isi air dan rebus semangkuk daging bersama bahan-bahan yang sudah ditumbuk di dalam periuk.
- Kemudian, masukkan 1 sudu kecil ketumbar dan asam keping.
- Setelah daging sudah dimasak dengan sempurna, masukkan secubit garam bagi melengkapkan rasa.
2. Sayur sawi dan tauhu
- Sayur sawi yang sudah dibasuh dengan bersih
- 2 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- Air
- Sebungkus tauhu
Langkah penyediaan:
- Tumis bawang putih dan merah (sama ada ditumbuk atau dipotong halus) di dalam kuali.
- Masukkan air dan tauhu yang sudah dipotong ke dalam kuali.
- Setelah air mendidih, masukkan sawi dan tambahkan secubit garam sebagai pelengkap rasa.
3. Ayam Kampung Masak Stim
- Ayam kampung (dicuci bersih)
- ½ Lobak merah (dipotong kecil)
- ½ Lobak putih (dipotong kecil)
- 2 ulas bawang putih (dihiris)
- Daun bawang (dihiris)
- Daun sup (dihiris)
- 1 sudu besar minyak bijan
Langkah penyediaan:
- Letakkan lobak merah, lobak putih, bawang putih dan ayam kampung di dalam kuali untuk distim.
- Pastikan api tidak terlalu besar kerana khuatiri isi ayam tidak dimasak dengan sempurna.
- Setelah ayam sudah masak, masukkan secubit garam dan minyak bijan ke dalam kuali.
- Kemudian, taburkan daun bawang dan daun sup yang sudah dihiris ke dalam lauk tersebut.
4. Salmon & brokoli panggang
- 2 keping salmon
- Serbuk lada hitam
- Garam
- 2 ulas bawang putih (dihiris halus)
- Minyak zaitun
- Brokoli
- Lobak merah
Langkah penyediaan:
- Gaul ikan salmon bersama lada hitam, garam, bawang putih dan minyak zaitun.
- Panaskan ikan salmon di dalam ketuhar (suhu 170° Celcius selama 10 minit).
- Sementara ikan salmon dimasak secara sempurna, letakkan sedikit minyak zaitun ke dalam kuali.
- Tumis bawang putih bersama brokoli dan lobak merah.
- Tambah secubit garam ke dalam bahan tumis tersebut.
- Setelah selesai masak, hidangkan bahan-bahan tumis bersama ikan salmon yang sudah dipanggang.
Kesimpulannya, ibu yang sedang hamil perlu berwaspada dalam pemilihan menu makanan dan juga bahan mentah.
Hal ini kerana setiap bahan yang digunakan akan meninggalkan kesan terhadap kesihatan tubuh badan si ibu dan anak di dalam kandungan.
Jika anda sedang mencari produk yang mengandungi asid folik, anda boleh dapatkan Jus Pre Mamma daripada Ellsee sekarang!
Jus pre Mamma ini diperbuat daripada rumusan bahan-bahan organik seperti brokoli, madu, kurma, buah delima, minyak ikan, buah tin dan juga Habbatussauda.
Brokoli amat dikenali dengan khasiatnya iaitu asid folik yang membantu untuk:
- Pembentukan saraf tunjang.
- Mengelak daripada anemia.
- Bagus untuk penghasilan sel darah merah.
- Mengelak daripada penyakit anencephaly.
Jadi, jus Pre Mamma ini berfungsi sebagai:
- Menaikkan bacaan haemoglobin (hb) dalam badan
- Mengurangkan rasa mual
- Memberi tenaga kepada ibu hamil
- Melancarkan proses pencernaan
Cara pengambilannya juga amat mudah. Pastikan anda mengamalkan 2 sudu jus ini satu atau dua jam selepas pengambilan ubat dan makanan/minuman tenusu.
Dan, anda tidak perlu risau kerana produk ini dijamin halal 100% serta menerima pengkelasan daripada KKM.
Kepada ibu hamil, segera dapatkan jus ini dengan menekan pautan di bawah ini:
Leave A Comment