[INFO PENTING] Menu Makanan Yang Sihat dan Mudah Untuk Orang Berpantang

Berpantang merupakan suatu fasa yang amat penting untuk memastikan kesihatan si ibu selepas bersalin sentiasa terjaga. Antara aspek yang perlu dijaga rapi adalah makanan orang berpantang.

Jadi, artikel ini akan berkongsi tips kepada orang awam mengenai menu makanan yang sihat untuk ibu yang sedang berpantang dan juga komplikasi sekiranya mengabaikan pengambilan makanan seimbang. 

Jadi, teruskan membaca. 

Artikel Berkaitan

(PENTING) 8 Tanda Nak Bersalin Anda Wajib Tahu

5 Makanan Sihat Untuk Orang Berpantang 

Orang ramai beranggapan bahawa menu makanan untuk orang berpantang adalah tidak sedap. 

Mereka sering menyangka bahawa makanan ini tidak mempunyai rasa masakan yang mencukupi.

Jom ketahui menu makanan yang sihat dan sedap untuk wanita yang sedang berpantang. Menu yang dipilih ini pasti akan membuat anda terliur. 

 

1. Ikan bakar berempah

Menu masakan yang pertama adalah ikan bakar berempah. Meskipun penggunaan ikan adalah amat baik untuk kesihatan, namun ibu berpantang perlu berhati-hati. 

Antara jenis ikan yang boleh dimakan oleh ibu berpantang adalah ikan haruan, ikan merah, ikan bawal putih, ikan senangin dan ikan selar. 

Untuk itu, pastikan jenis ikan yang dimasak ini adalah bersesuaian untuk ibu yang sedang berpantang. 

Bahan-bahan:

  • Ikan (pastikan ikan yang sesuai dimakan oleh ibu berpantang) 
  • Bawang putih 
  • Bawang merah 
  • Halia 
  • Kunyit (yang sudah ditumbuk)
  • Serbuk kari 
  • Garam 
  • Lada hitam

Cara penyediaan:

  • Lumurkan bahan-bahan masakan itu ke atas ikan pilihan anda. Pastikan ia dilumur secara rata. 
  • Bakar ikan tersebut sehingga masak sepenuhnya. 

 

2. Sup ikan

makanan untuk orang berpantang

Bahan-bahan:

  • Ikan (yang sudah dilumurkan dengan garam)
  • Bawang putih 
  • Bawang merah 
  • Halia
  • Sup bunjut ikan 
  • Sediakan air di dalam bekas secukupnya
  • Lobak 
  • Bunga kobis 
  • Lada hitam 
  • Daun sup  

Cara penyediaan:

  • Ikan yang sudah dilumurkan dengan garam boleh digoreng terlebih dahulu. (jika tidak mahu digoreng pun boleh juga)
  • Kemudian, kisarkan bawang putih, bawang merah dan halia. 
  • Masukkan bahan kisar tadi, air dan sup bunjut ikan ke dalam periuk. 
  • Setelah air sudah mendidih secara sederhana, masukkan sayur lobak dan kubis bunga ke dalam sup. 
  • Pastikan sayur-sayuran tersebut tidak terlalu lama di dalam sup yang mendidih.
  • Masukkan ikan pilihan ke dalam sup. 
  • Masukkan garam dan lada hitam secukup rasa. 
  • Akhir sekali, taburkan daun sup sebelum masakan dihidang. 

 

3. Ikan Masak stim

ikan masak steam memberikan khasiat yang diperlukan orang berpantang

Bahan-bahan:

  • Ikan 
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Halia 
  • Serai
  • Air limau nipis (atau air asam jawa pun boleh digunakan)
  • Daun ketumbar 
  • Garam 

Cara penyediaan:

  • Hiriskan bawang putih, bawang merah, halia dan serai.
  • Letakkan kesemua bahan di atas ke atas ikan pilihan anda. 
  • Kemudian, kukus bahan-bahan ini sehingga ikan itu masak sepenuhnya.

Artikel Berkait

12 Makanan Untuk Ibu Mengandung

4. Ayam bakar madu berempah

ayam bakar madu berempah merupakan sebuah menu yang baik untuk orang sedang berpantang

Bahan-bahan:

  • Ayam (anda boleh pilih bahagian ayam yang diingini)
  • Bawang putih 
  • Bawang merah 
  • Halia 
  • Kunyit 
  • Lengkuas 
  • Serai
  • Serbuk kari 
  • Lada hitam 
  • Garam 
  • Madu

Cara penyediaan:

  • Pastikan bahagian ayam yang diingini sudah dicuci sehingga bersih. 
  • Tumbuk bawang putih, bawang merah, kunyit, lengkuas dan halia dan asingkannya ke dalam bekas.
  • Lumurkan bahan-bahan yang sudah ditumbuk bersama serbuk kari, lada hitam, madu dan garam ke atas ayam. 
  • Bakar kesemua bahan-bahan ini sehingga ayam tersebut masak sepenuhnya. 

 

5. Singgang ikan

Bahan-bahan:

  • Ikan 
  • Bawang putih 
  • Bawang merah 
  • Halia 
  • Kunyit 
  • Serai
  • Air secukupnya 
  • Air asam jawa (sebagai “penambah rasa”)
  • Lada hitam 
  • Garam 

Cara-cara penyediaan:

  • Masukkan bawang putih, bawang merah, halia dan kunyit ke dalam mesin pengisar. 
  • Kisarkan bahan-bahan tersebut mengikut citarasa anda (sama ada mahu lumat secukupnya atau tidak)
  • Titikkan batang halia 
  • Setelah kesemua bahan tersebut sudah siap; dikisar dan titik, masukkannya ke dalam periuk.
  • Pastikan ikan tersebut masak secara sempurna.

Artikel Berkait

Sudahkah anda Membuat 8 Persediaan Bersalin Ini?

Komplikasi Mengabaikan Amalan Pemakanan Seimbang 

Berikut merupakan antara komplikasi kepada ibu yang sedang berpantang sekiranya mereka mengabaikan pengambilan makanan seimbang: 

  1. Ibu berpantang sukar untuk menurunkan berat badan ataupun mendapatkan tubuh badan asal ketika sebelum hamil.
  2. Ibu berpantang akan berasa lebih cepat penat, lesu dan sukar untuk memberikan perhatian sepanjang tempoh berpantang.
  3. Ibu berpantang akan mengalami tekanan sekaligus boleh menyebabkan mempunyai risiko penyakit yang lebih bahaya.
  4. Ibu berpantang tidak mendapatkan khasiat yang mencukupi. Ini menyebabkan tujuan pemulihan dan penyusuan ibu boleh terganggu. 

 

Secara kesimpulannya, penjagaan kesihatan ibu mengandung adalah amat penting. 

Disebabkan itu, individu yang terlibat untuk menjaga ibu berpantang perlu lebih cakna akan pemakanan mereka. 

Pastikan menu masakan yang dihidangkan untuk mereka mempunyai khasiat yang baik untuk tubuh badan dan juga anak di dalam kandungan.

Selain itu, anda juga boleh mengamalkan produk berpantang yang selamat untuk digunakan. Produk tersebut adalah Post Mamma daripada pihak kami, Ellsee

post mamma memberikan khasiat yang mencukupi kepada ibu ibu yang sedang berpantang

Post Mamma mengandungi khasiat yang sangat bagus untuk ibu yang sedang berpantang antaranya adalah: 

  • Memberikan tenaga 
  • Mempercepatkan sembuh luka 
  • Melancarkan darah nifas 
  • Elakkan sembelit 
  • Bantu untuk mengurangkan masalah baby kuning 
  • Memperbanyakkan susu badan

Buat ibu yang sedang berpantang, anda boleh dapatkan produk ini di link di bawah. 

Saya Mahukan Post Mamma