Dehidrasi; Ibu Hamil Jangan Ambil Mudah!
Seseorang individu memerlukan air yang mencukupi dalam badan supaya organ dalaman dapat berfungsi dengan baik dan tidak mengalami dehidrasi.
Namun, jika ibu hamil mengalami masalah dehidrasi, jangan ambil mudah perkara ini!
Ibu hamil perlu memastikan badannya sentiasa kekal hidrat agar pembesaran bayi dalam kandungan tidak mengalami sebarang komplikasi.
Dalam artikel ini kita akan dapat lihat bagaimana ibu hamil berisiko mengalami dehidrasi dan harus diawasi tanda-tandanya agar masalah ini dapat diatasi dengan segera.
Dehidrasi Dalam Kalangan Ibu Hamil
Kebanyakan ibu hamil mengalami morning sickness yang menyebabkan muntah-muntah, loya dan tidak mempunyai selera makan pada trimester pertama.
Cecair yang banyak keluar daripada tubuh semasa muntah menyebabkan wanita hamil akan mengalami dehidrasi.
Kekurangan air ketika hamil boleh mengakibatkan cecair amnion dan susu badan anda kurang, malah mengakibatkan kelahiran pramatang dan kecacatan pada bayi.
Untuk pengetahuan anda, badan memerlukan sekurang-kurangnya 750 hingga 1000 ml air setiap hari, lebih-lebih lagi ketika hamil.
Air membantu membentuk plasenta yang memberi nutrien kepada bayi dalam kandungan. Selain itu, air juga amat penting untuk membentuk amniotic sac.
Jadi, jangan ambil mudah masalah ini!
Tanda-tanda Dehidrasi Ibu Hamil
Alahan / mabuk ketika mengandung yang teruk akan membuatkan anda cepat hilang air dalam badan.
Namun begitu, kekurangan air dalam badan ketika hamil adalah perkara yang normal. Akan tetapi, harus sentiasa diawasi agar tidak membawa kepada sebarang komplikasi kepada kandungan.
Awasi tanda-tanda awal dehidrasi agar anda boleh mendapat cara mencegahnya dengan segera. Antaranya seperti:
- Air kencing berwarna gelap
- Sering rasa dahaga
- Sakit kepala
- Keletihan
- Mulut, bibir atau mata kering
- Jarang buang air kencing
- Denyutan nadi perlahan atau terlalu laju
Atasi Dehidrasi Dengan Cara Ini!
Ibu hamil tidak perlu terlalu bimbang risiko mendapat dehidrasi jika anda ubah gaya hidup dengan lebih berdisiplin.
Antara perkara yang perlu diambil berat seperti:
-
Minum air secukupnya
Dehidrasi bukanlah satu perkara yang sukar untuk diatasi. Kuncinya adalah anda perlu minum air secukupnya setiap hari.
Cuba minum sekurang-kurangnya 8 hingga 12 gelas air sehari.
Jika anda mengalami masalah penghadaman, ambil air di antara waktu makan. Ini kerana makan bersulam air akan mendatangkan masalah kepada penghadaman.
Sekiranya anda mengalami ‘morning sickness’ yang teruk sehingga mengakibatkan anda berasa lesu kerana kekurangan air, cuba minum air ketika anda mula berasa mual.
Air boleh menenangkan asid perut buat seketika. Seandai ianya berlarutan, berjumpalah dengan doktor agar dapat ditangani dengan segera.
- Jauhi Kafein
Elakkan pengambilan kafein dalam minuman dan makanan terutamanya jika anda mengalami kesukaran untuk minum air.
Kafein akan menyebabkan anda kerap ke tandas untuk membuang air kecil.
Air putih adalah yang paling terbaik. Namun begitu, susu, jus buah-buahan dan sup juga adalah salah satu alternatif lain untuk anda mendapatkan amaun air yang secukupnya dalam badan.
- Elak aktiviti berat
Ibu hamil akan sering berasa letih terutamanya apabila kandungan sudah berada di fasa trimester ketiga.
Anda perlu berhati-hati dengan aktiviti yang boleh mengakibatkan suhu badan meningkat seperti senaman berat.
Dengan keadaan cuaca panas ekstrem yang melanda Malaysia, ibu hamil dinasihatkan agar tidak terlalu mendedahkan diri kepada persekitaran luar yang panas.
Penutup
Sesiapa sahaja berisiko mendapat dehidrasi jika tidak konsisten dengan pengambilan air yang cukup, lebih-lebih lagi ibu hamil.
Dehidrasi yang dialami oleh ibu hamil boleh membahayakan kesihatan ibu dan juga bayi dalam kandungan.
Cara yang paling terbaik adalah memastikan badan anda sentiasa kekal terhidrat.
Cuba biasakan diri membawa botol air berisi air putih ke mana-mana sahaja anda pergi dan pantau sendiri amaun air yang anda minum.
Selagi anda minum air dalam kuantiti yang secukupnya setiap hari, badan anda dan bayi dalam kandungan juga pasti akan dapatkan manfaatnya.
Jangan lakukan aktiviti lasak atau berat, lebih-lebih lagi sekarang merupakan cuaca panas yang sangat teruk.
Kuncinya adalah anda konsisten dan fikirkan keselamatan bayi yang dikandung.
Untuk kekal bertenaga lebih-lebih lagi pada musim cuaca panas sekarang, ibu hamil boleh amalkan Jus Pre Mamma.
Suplemen yang sangat membantu ibu hamil untuk menambahkan tenaga, mengurangkan rasa loya dan menstabilkan bacaan hb.
Jus ini mengandungi bahan-bahan yang berkhasiat seperti kurma, buah delima, brokoli, madu, minyak ikan, buah tin, Habbatussauda’ dan Vitamin C.
Anda boleh dapatkan sekaligus makanan sunnah dan berkhasiat dalam satu botol jus Pre Mamma.
Anda perlu ambil satu sudu pada waktu pagi dan malam sebelum makan.
Jaga diri ibu hamil dan elakkan diri terdedah kepada sebarang komplikasi yang boleh membahayakan kandungan.
Amalkan gaya hidup yang sihat dan ambil pemakanan yang berkhasiat.
Dapatkan jus Pre Mamma sebagai alternatif untuk ibu hamil kekal sihat.
Leave A Comment