Ibu Mengandung: Nutrien Dan Aktiviti Yang Perlu Anda Tahu

Sebagai ibu mengandung, kita perlu cakna akan kesihatan tubuh badan. Salah satu caranya adalah dengan mengambil tahu perihal nutrien pemakanan dan juga aktiviti yang dilarang.

Hal ini adalah untuk memastikan kesihatan bagi kedua-dua pihak; si ibu dan juga kandungan di dalamnya. Disebabkan itu, kami akan berkongsi serba sedikit informasi penting buat golongan ibu mengandung.

Antaranya adalah nutrien yang perlu diambil, perkara yang dihadkan, dan sebagainya. Jadi, teruskan membaca untuk mengetahui intipati artikel ini dengan lebih mendalam.

Nutrien Penting Buat Ibu Mengandung 

Buat pengetahuan anda, terdapat dua nutrien yang amat penting buat ibu mengandung iaitu kalsium dan juga asid folik. Kedua-dua nutrien ini adalah untuk membantu pertumbuhan janin, gigi dan tulang secara sihat.

Pelbagai komplikasi boleh berlaku sekiranya si ibu mengabaikan kedua-dua nutrien tersebut. Antaranya adalah:

  • Risiko morbiditi dalam kalangan si ibu 
  • Kenaikan berat badan selepas hamil secara tidak sihat 
  • Kelahiran pra-matang 
  • Diabetes mellitus kehamilan dan,
  • Keguguran 

Selain itu, kekurangan nutrien berikut juga boleh menjadi punca si kandungan di dalam perut menghidapi penyakit.

Makanan Yang Tinggi Kandungan Nutrien

ibu mengandung

Pada bahagian ini, kami akan berkongsi beberapa kategori makanan yang diperlukan oleh ibu mengandung. Ini adalah penting bagi memastikan si ibu serta kandungannya menerima nutrien yang secukupnya.

Berikut merupakan kategori makanan yang tinggi nutrien: 

  • Pengambilan nutrien kalsium boleh didapati daripada produk makanan yang berasaskan kacang soya, susu, dan juga keju.
  • Sayur-sayuran hijau dan kacang membekalkan sumber nutrien asid folik.
  • Kekacang seperti peas, isi daging (yang tidak mempunyai lemak) dan juga hati kaya dengan nutrien zat besi.
  • Vitamin B kompleks boleh didapati daripada ikan, susu, hati, dan isi daging (yang tidak mempunyai lemak). 

Para ibu mengandung digalakkan untuk mengamal pemakanan secara sihat dan seimbang berdasarkan senarai di atas.

Namun begitu, anda juga dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat pemakanan daripada doktor ataupun pakar pemakanan.

Artikel Berkait:

12 Makanan Untuk Ibu Mengandung

Solusi Kepada Masalah Pemakanan

Sebagai seorang ibu yang sedang sarat mengandung, anda akan menjadi lebih sensitif terhadap pemakanan.

Jika anda sedang mengalami masalah pemakanan, contohnya, lactose intolerance, morning sickness dan sebagainya, kami akan berkongsi solusinya.

  1. Lactose intolerance
ibu mengandung

Buat anda yang mengalami masalah lactose intolerance, anda boleh mengambil produk tenusu yang mempunyai kandungan laktosa yang rendah.

Ataupun, anda boleh sertakan sayur-sayuran hijau di dalam masakan. Ia juga membekalkan kandungan nutrien kalsium yang amat tinggi.

Selain itu, pemakanan ikan yang mempunyai tulang lembut seperti sardin juga dibolehkan dalam kalangan ibu mengandung.

  1. Morning sickness

Morning sickness bukan lagi suatu perkara yang asing dalam golongan ibu mengandung.

Untuk masalah ini, anda perlu mengamalkan pemakanan yang teratur dan sedikit secara kerap. Meminum air masak juga amat digalakkan bagi mengatasi masalah morning sickness.

  1. Sembelit

Masalah sembelit ini merujuk kepada kesukaran seseorang individu untuk membuang najis daripada tubuh badan.

Ia terjadi disebabkan faktor pemakanan yang tidak sihat.

Untuk itu, anda boleh atasi masalah ini dengan meminum air masak dengan secukupnya dan juga mengambil makanan yang tinggi kandungan serat. Contohnya ialah bijirin penuh, sayur-sayuran dan juga buah-buahan.

  1. Pedih ulu hati

Masalah ulu hati ini berpunca daripada pengambilan makanan berminyak atau bergoreng mahupun makan secara gelojoh.

Untuk itu, terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan bagi mengatasi masalah ini iaitu: 

  • Sediakan makanan dalam portion yang sedikit sahaja
  • Makan secara perlahan dan teratur
  • Minum air masak dengan secukupnya
  • Elakkan daripada terus baring setelah selesai makan
  • Elakkan pengambilan minuman beralkohol, kafein, dan juga makanan pedas. Ini akan menyebabkan injap sfinkter terbuka.

Baca juga

[INFO PENTING] Menu Makanan Yang Sihat dan Mudah Untuk Orang Berpantang

Apakah Yang Perlu Dihadkan? 

Tahukah anda bahawa terdapat beberapa perkara yang perlu dihadkan dalam kalangan ibu mengandung?

Meskipun amalan pemakanan merupakan suatu faktor yang amat penting, kita juga tidak boleh menafikan faktor persekitaran. Kedua-dua faktor ini sama penting demi memastikan kesihatan yang berpanjangan buat si ibu dan anak kandungan.

Untuk itu, kami akan berkongsi mengenai perkara-perkara yang dihadkan ketika seorang ibu sedang sarat mengandung:

  1. Minuman kafein
ibu mengandung

Golongan ibu mengandung perlu mengurangkan pengambilan minuman berkafein seperti nescafe dan kopi.

Menurut saranan daripada Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita dan Kehamilan, pengambilan minuman berkafein adalah terhad kepada 200mg sahaja buat ibu mengandung.

Sekiranya minuman kafein diambil melebihi had yang telah ditetapkan, mereka boleh mengalami keguguran, lebih-lebih lagi pada awal waktu kehamilan.

Oleh itu mereka perlu lebih berhati-hati dalam pengambilan minuman berkafein. Adakah minuman kafein ini terdiri daripada nescafe dan kopi sahaja?

Tidak. 

Kafein boleh didapati di dalam teh, coklat, ubat batuk dan selsema, minuman kola dan air tenaga.

Oleh itu, ibu mengandung amat digalakkan untuk ganti minuman berkafein ini dengan jus buah-buahan ataupun decaffeinated drinks (minuman di-nyah kafein).

  1. Minuman beralkohol

Minuman beralkohol ini boleh menyebabkan kemudaratan dan masalah kesihatan kepada anak di dalam kandungan. 

Hal ini kerana minuman beralkohol adalah sukar untuk diuraikan. 

Jika si ibu minum minuman beralkohol secara kerap, ia boleh menyebabkan impak negatif kepada pertumbuhan organ-organ dalaman dan otak si bayi.

Dalam pada itu, pengambilan minuman beralkohol juga akan menyebabkan: 

  • Fetal Alcohol Spectrum Disorders (FASDs). Ini merujuk kepada keupayaan intelektual dan perkembangan fizikal yang terganggu. 
  • Berat bayi yang tidak mencukupi 
  • Bayi yang pra-matang 
  • Keguguran 

Disebabkan itu, si ibu amat digalakkan untuk tidak minum minuman ini supaya kesihatan kedua-dua pihak; ibu dan bayi terjaga sepanjang tempoh kehamilan.

  1. Merokok
ibu mengandung

Perbuatan merokok secara amnya adalah amat tidak baik. Ia bukan sahaja mendatangkan kemudaratan kepada orang sekeliling. 

Malah, ia juga menyebabkan kemudaratan kepada ibu mengandung dan juga anak dalam kandungan. 

Hal ini kerana rokok mengandungi nicotine yang amat tinggi. Kandungan ini dan bahan kimia yang lain adalah berbahaya buat kesihatan ibu dan kandungannya. 

Antara masalah kesihatan yang terjadi akibat daripada tabiat merokok adalah: 

    • Bayi lahir dalam keadaan pra-matang
    • Sudden Infants Death Syndrome (SIDS)
    • Mengalami masalah pernafasan 
    • Penghasilan susu ibu yang kurang

  1. Faktor persekitaran

Ibu mengandung harus lebih peka terhadap faktor persekitaran seperti tempat kerja mahupun kawasan perumahan.

Persekitaran yang terdedah kepada bahan-bahan kimia yang kuat seperti racun serangga, wap cat mahupun plumbum boleh mendatangkan risiko kepada mereka.

Sekiranya anda berada di kawasan seperti ini, anda digalakkan untuk memakai pakaian perlindungan dan juga memakai pelitup muka.

Ataupun, anda boleh berbincang bersama ahli keluarga dan majikan supaya mereka boleh menyediakan lokasi alternatif.

  1. Faktor keselamatan
ibu mengandung

Faktor keselamatan juga memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan si ibu dan kandungannya berada dalam keadaan yang baik.

Buat anda yang memandu kereta ke tempat kerja, anda digalakkan untuk memakai tali pinggang keselamatan.

Walaupun ia tidak selesa, tetapi pemakaian tali pinggang keselamatan dapat mengurangkan risiko kepada anda dan juga anak kandungan.

Kesimpulannya, ibu mengandung perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat bagi mendapatkan nutrien secukupnya.

Nutrien seperti kalsium dan asid folik amat diperlukan oleh si ibu dan juga anak dalam kandungan agar tumbesaran dan kesihatan lebih terjamin.

Selain itu, ibu mengandung juga perlu peka akan tabiat pemakanan, faktor persekitaran dan keselamatan.

Sekiranya ketiga-tiga ini diabaikan, ia boleh menjejaskan kesihatan tubuh dan juga si anak.

Buat para ibu mengandung yang sedang mencari produk kesihatan, anda boleh mencuba jus kami iaitu Ellsee Pre Mamma.

ibu mengandung

Jus ini membantu untuk membekalkan tenaga, mengurangkan rasa loya serta menstabilkan bacaan haemoglobin (hb) dalam kalangan ibu mengandung.

Ia diperkaya dengan bahan-bahan semulajadi yang selamat seperti kurma, buah delima, brokoli, madu, minyak ikan, buah tin, Habbatussauda’, dan juga vitamin C.

Bahan-bahan ini membekal khasiat yang amat baik untuk tubuh badan.

Contohnya, brokoli membekalkan kandungan asid folik untuk menghasilkan sel darah merah.

Selain itu, jus Ellsee Pre Mamma juga telah mendapat kelulusan daripada KKM.

Ia turut diklasifikasikan sebagai makanan tambahan (supplement) yang selamat untuk dimakan.

Sekiranya anda ingin mendapatkan jus Ellsee Pre Mamma, anda hanya perlu menekan pautan link di bawah ini.

Order Jus Ellsee Pre Mamma Sekarang