500 Pengguna Bertuah Tol Gombak Terima La Serene Therapy Oil

Sebagai langkah projek khidmat masyarakat, Love Connection Sdn Bhd (Ellsee) turun padang mengagihkan 500 botol La Serene Therapy Oil kepada pengguna Tol Gombak. Tujuan agihan ini dibuat ialah atas dasar menyedari pemandu memerlukan sesuatu untuk membantu menenangkan mereka apatah lagi jika memandu dalam tempoh panjang.

Pengurus Pemasaran Ellsee, Aznil Zulkufli yang mengetuai team ini berkata, “Kami faham situasi pemandu yang penat memandu lagi-lagi yang hendak pulang beraya ke Pantai Timur.

Ada yang memandu lebih 10 jam. Sudah tentu mereka penat. Minyak terapi ini boleh bantu pemandu lebih tenang dengan adanya rumusan minyak kayu putih dan orkid. Aromanya yang wangi dan rasanya berangin menenangkan sekali gus membuatkan pemandu lebih berwaspada ketika memandu.”

Tambah Aznil, pemandu perlu peka soal keselamatan kerana mereka bertanggungjawab terhadap nyawa sendiri dan penumpang. Justeru, mereka perlu berada dalam keadaan berjaga-jaga dan elak rasa mengantuk.

“Mengantuk kala memandu sangat bahaya. Pemandu perlu berhenti berehat di kawasan Rehat & Rawat ataupun sapu minyak terapi untuk mengembalikan kecergasan,” tambah Aznil.

Projek khidmat masyarakat ini diadakan pada 17 Ogos lalu bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Tol Gombak.

Gambar-Gambar Sepanjang Aktiviti Ini

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *