Sampai Guna Duit Raya Anak Untuk Join Ellsee… Cik Rose Menyesal!

Tiada kata yang dapat diungkap hanya air mata gembira dan syukur atas apa jua yang Allah kurniakan,cikRose berkecimpung dalam dunia bisness pada 2010 setelah berhenti bekerja Mac tahun yang sama.

Sejarah bermula dengan hanya minat cikRose pada produk yang berkaitan ibu dan baby,jadi produk pertama yang cikRose jual adalah Romper Angry Bird,dan dari situ minat untuk bisness membuak buak tapi semuanya hanya dropship.

Setelah beberapa tahun bisness masih di takuk Dropship semata tak nampak pun yang bisness akan berkembang dan maju seperti yang kita aim nak susun stock sendiri ada agen ada dropshipper sendiri tapi hanya tinggal angan angan.

Dan cikRose teruskan lagi bisness dropship sehingga pernah jatuh dan ditipu berkali kali sehinggalah Ellsee promote iklan tentang pencarian Dropshipper.

Walau dalam hati ada sedikit tawar atas apa yang berlaku dan banyak perasaan MESTI buat sampai JADI cikRose teruskan juga hasrat untuk cuba. Pada mulanya tak nampak potensi dalam Ellsee tue tapi tah kenapa hati tue rasa nak join jugak.

CikRose bermula dengan Elsee pada July 2017 sebagai Dropshipper, memandangkan pakej ilmu dan support group 24 jam seminggu selama 365 hari membuatkan cikRose rasa amat teruja dan nak tahu mesti ada sesuatu yang special dalam Ellsee ni

Masa tue berbaki 3 hari je lagi untuk daftar sebagai agen, tapi kelibat modal belum nampak bayang, cikRose usahakn dropship sana sini untuk cukupkan tapi masih belum mencukupi.

Hari terakhir pendaftaran cikRose tekad juga untuk bersama Ellsee memandangkan peluang dah terbentang di depan mata,berbekalkan sedikit modal hasil pinjam dari tabung anak cikRose menjadi sebahagian dari keluarga Ellsee

Ya Allah sambil berjurai airmata Cik Rose waktu tue dan cikRose janji mesti ganti balik duit raya anak anak ni

Alhamdulillah setelah 5 hari bersama Ellsee cikRose dah mula buat jualan dan yang paling best tabung anak tadi dah berjaya cikRose ganti pada hari ke 5 tersebut ,masyaAllah mudah rupanya bila buat sesuatu ada ilmu.

Dari selangkah,menapak,berjalan dan kini berlari lari anak dalam Ellsee,misi berlari laju lagi menuju puncak bebas kewangan, dari dropshipper naik selangkah sebagai Mini Agen,seterusnya Agen dan kini merupakan Stokis atau Master Circle di Utara Malaysia,Kedah Jelapang Padi

Walau HQ nun jauh ketengah tak pernah cikRose jadikan alasan kerana kejayaan tak pernah nak tunggu kita, sesiapa yang mahu dia WAJIB USAHA

Syukur atas segala nikmat,walau apa cabaran,masalah,dugaan jalan aje terus tempuhi dengan tenang pasti ada jalan.

Sedikit sebanyak dapat bantu perbelanjaan keluarga,anak anak,dan segala kos sampingan yang tak dijangka.

Dulu nak beli sesuatu untuk anak pun catu catu sebab bisness dropship hanya sekadar lepas perbelanjaan tepi tapi dalam Ellsee ni dengan Career Path yang jelas,bisness cara yang betul ,siatem yang baik banyak sangat bantu cikRose.

Pernah tahun 2015 cikRose terpaksa masukkan rantai tangan dan cincin cikRose untuk mulakan modal bisness tapi semuanya hancur luluh,cikRose ditipu hingga rantai tangan tersebut tak dapat ditebus sehingga April 2018.

Dan Alhamdulillah sekali lagi Allah bantu setelah bersama Ellsee rantai tangan dan cincin kahwin ni berjaya cikRose tebus semula dengan kadar gadaian RM5000 masyaAllah sangat sangat tak diduga

Siapa berusaha Pasti Berjaya,Allah akan bantu hambaNya yang berusaha,mibtalah pada Dia,usahalah sehabis baik pasti ada sinar.

Terima kasih tak terhingga pada Ellsee kerana beri peluang ni pada cikRose dan team untuk realisasikan impian, selagi ada nyawa dan daya cikRose akan bantu pada yangahu dibantu dan pada team yang bersungguh nak bebas kewangan. Cik Rose menyesal kalau Cik Rose tak berusaha bersungguh-sungguh lagi selepas ini.

Salam Sayang

CikRose

Website : EllseeAnnajah
Fb : Rose Malinie

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *