Cara Kira Usia Kandungan Anda

Usia kandungan merupakan tempoh masa sejak conception atau sejak anda disahkan mengandung dari tempoh hari akhir haid anda.

Kalau anda nak tahu, sebenarnya usia kandungan ini penentu kepada pelbagai faktor dan keperluan semasa hamil.

Jadi, kami akan kongsikan kepada anda apa yang anda boleh ketahui dengan hanya peka dengan usia kandungan dan tidak lupa juga tentang cara mengira usia kandungan.

Teruskan membaca!

Apa yang Boleh Diketahui Melalui Usia Kandungan?

  • Due date

usia kandungan

Usia kandungan dikira melalui pengiraan bermula sejak hari pertama kitaran haid berakhir (HPHT) yang sering dikira dalam kiraan minggu dan hari.

Jadi, due date kelahiran bayi (EDD) akan dikira dengan menambah 40 minggu di hari pertama kitaran haid berakhir.

Pengiraan usia kandungan boleh diguna pakai untuk jangkaan due date kelahiran kerana kandungan selalunya berlangsung antara 38 hingga 42 minggu.

Selain itu, kiraan jangkaan due date lebih tepat selagi wanita tersebut mempunyai kitaran haid yang teratur.


  • Perkembangan janin

perkembangan janin

Usia kandungan membantu ibu hamil mengetahui perkembangan janin.

Janin tersebut akan melalui beberapa perubahan fizikal sepanjang kehamilan.

Sebagai contoh, pada akhir trimester pertama (13 – 14 minggu), janin tersebut akan mengalami pertumbuhan organ-organ dan sistem utama.

Pada akhir trimester kedua pula, janin akan membesar hingga kira-kira 16 inci panjang dan berat kira-kira 1.4 kilogram.

Pada trimester ketiga, iaitu fasa trimester terakhir, janin akan membesar hingga kira-kira 20 inci panjang dan berat sebanyak 3.2 kilogram.


  • Risiko kandungan

Usia kandungan, selain boleh mengenalpasti perkembangan janin dan jangkaan kelahiran bayi, ia juga membantu ibu hamil peka dengan risiko yang mungkin dihadapi.

Bayi yang lahir sebelum minggu ke-28 mempunyai risiko tinggi untuk menghidapi masalah kesihatan.

Masalah kesihatan yang dimaksudkan adalah seperi sindrom gangguan pernafasan, necrotizing enterocolitis, dan pendarahan otak.


  • Penjagaan kesihatan

Untuk ibu hamil, keperluan penjagaan kesihatan akan berbeza mengikut keperluan semasa hamil.

Penjagaan pranatal boleh dikatakan penjagaan paling ‘basic’ untuk ke semua ibu hamil, tetapi sangat penting untuk ibu hamil yang berisiko melahirkan bayi pramatang.

Ibu hamil yang mempunyai risiko sebegini juga perlu dipantau semasa hamil, dan ini termasuk kerap berjumpa doktor, ultrasound dan ujian-ujian lain.

Manakala, untuk ibu hamil yang menghidapi komplikasi diabetes dari sebelum hamil memerlukan rawatan untuk mengawal paras gula dalam darah.

Rawatan yang diperlukan termasuk mengamalkan ubat untuk mengawal paras gula dalam darah.

Cara Kira Usia Kandungan

  • Kiraan Kalendar

Kaedah ini adalah kaedah yang kebiasaannya digunakan sejak dulu lagi.

Bagi kaedah ini, anda perlu kenal pasti tarikh haid pertama dan haid hari terakhir (HPHT) anda terlebih dahulu. Pastikan anda menggunakan hitungan kitaran haid tetap sahaja.

Kira dengan cara ini – bagi wanita yang kitaran haidnya 28 hingga 30 hari, cuba langkah ini:

  1. Tarikh HPHT + 7;
  2. Bulan HPHT – 2 (bagi bulan April hingga Disember); atau
  3. Bulan HPHT + 9 (bagi bulan Januari sehingga bulan Mac);
  4. Tahun HPHT + 1

Dari formula di atas, jika tarikh HPHT anda ialah 8 Jun 2023, kiraannya akan jadi begini:

  1. 8 + 7 = 15
  2. 6 – 3 = 3 (Mac)
  3. 2023 + 1 = 2024

Jadi, tarikh kelahiran dijangkakan pada 15 Mac 2024. Manakala, untuk tahu kiraan usia kandungan bayi adalah dengan menambah 1 bulan dari HPHT anda.

Seperti, HPHT anda adalah 8 Jun 2023. Maka, bulan pertama usia kandungan ialah 8 Julai 2023.


  • Imbasan ultrasound

usia kandungan

Untuk yang mempunyai kitaran haid tidak teratur, kaedah imbasan ultrasound.

Imbasan ultrasound ini antara kaedah yang paling tepat dalam memberitahu usia kandungan anda.

Ada dua jenis imbasan, iaitu transvaginal dan transabdominal.

Bagi transvaginal, ia biasanya dilakukan pada awal kehamilan, di mana ia akan dilakukan melalui vagina si ibu.

Manakala, apabila usia kandungan sudah mencecah lebih kurang 5 ke 6 minggu, imbasan transabdominal digunakan dengan mengimbas dinding perut.

Kedua-dua imbasan ini adalah untuk melihat kandungan janin lebih tepat.


  • Pengiraan ketinggian puncak rahim

Selain dari dua kaedah di atas, anda boleh kira usia kandungan dengan memerhatikan ketinggian puncak rahim anda.

Puncak rahim si ibu akan semakin meninggi apabila janin dalam kandungan berkembang.

Anda hanya perlu mengukur jarak dari tulang rusuk ke bahagian atas uterus anda. Jadi, jika jarak ukuran adalah 12 cm, maka usia kandungan adalah 18 minggu.


  • Aplikasi kalendar

aplikasi kalendar

Cara ini paling mudah!

Mengira usia kandungan sudah menjadi mudah dengan memantaunya melalui aplikasi kalendar.

Walau anda busy dan mungkin menghadapi kekangan untuk datang ke klinik, aplikasi kalendar yang bukan saja memantau kitaran haid juga boleh memberitahu usia kandungan anda.

Taip sahaja nama-nama berkenaan dengan aplikasi sebegini di Play Store atau Google App, banyak pilihan anda guna.

Kesimpulannya, usia kandungan memainkan peranan penting dalam penjagaan kandungan anda.

Ia boleh digunakan untuk menjangkakan tarikh kelahiran, memantau perkembangan janin, risiko dan mengetahui keperluan penjagaan kesihatan yang sepatutnya.

Dengan mengambil kira perkara sebegini, kesihatan ibu hamil dan kandungan terjaga dan dapat mengelak dari menghidapi komplikasi kesihatan yang tidak diingini.

Selain menjaga kesihatan kandungan dan si ibu dengan mengetahui usia kandungan, jom amalkan jus Pre Mamma!

Ia bukan sahaja bagus untuk kandungan, tetapi sangat bagus untuk menaikkan bacaan HB dan sebagai penambah tenaga tatkala melakukan rutin harian sebagai ibu hamil.

Jadi, jom try Pre Mamma sekarang!