Cara Banyakkan Susu Badan

Kebanyakan ibu sudah letih mencari cara banyakkan susu badan.

Situasi sebegini sangat memberi tekanan kepada para ibu. 

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan kepada anda semua punca susu badan berkurangan, dan juga mengenai cara banyakkan susu badan.

 

Punca Susu Badan Berkurang

  • Tertekan

tertekan

Stres merupakan punca utama ibu mengalami masalah kekurangan susu badan.

Penghasilan susu badan berkait rapat dengan hormon prolaktin dan hormon oksitosin.

Hormon oksitosin akan dihantar ke otak untuk merangsang pengeluaran hormon prolaktin dan hormon prolaktin akan dihantar ke kelenjar susu untuk menghasilkan susu badan yang banyak.

Ibu yang dalam mood gembira, akan menghasilkan hormon ini seterusnya merangsang penghasilan susu badan yang banyak.

Tapi, ibu yang tertekan akan kurang menghasilkan hormon-hormon ini yang seterusnya mengganggu penghasilan susu badan.

  • Pemakanan

pemakanan

Rutin pemakanan yang seimbang menggalakkan penghasilan susu badan yang berkualiti.

Jika sebaliknya, susu badan akan cenderung untuk dihasilkan dalam kuantiti sedikit dan tidak berkualiti.

 

  • Kekerapan menyusu bayi

Kekerapan menyusu bayi anda juga menjadi salah satu punca susu badan berkurang.

Untuk pengetahuan anda, bayi yang semakin membesar akan kurang menyusu dengan ibu.

Jadi, perkara ini akan menyebabkan refleks kepada payudara berkurang dan secara automatik akan mengurangkan susu badan.

Ibu perlu konsisten mengepam walaupun anak tidak menyusu dengan kerap untuk mengekalkan penghasilan susu yang banyak tanpa henti.

  • Ubat-ubatan

cara banyakkan susu badan

Ibu perlu mengetahui kesan ubat-ubatan yang diambil ke atas bayi.

Ada sesetengah ubat boleh mempengaruhi hormon oksitosin dan prolaktin yang terlibat dalam penghasilan susu ibu.

Ibu hendaklah menitikberatkan tentang pengambilan ubat-ubatan untuk mengelak dari masalah kekurangan susu badan.

Lebih baik untuk anda dapatkan nasihat daripada doktor kerana akan menyebabkan susu ibu berkurang.

  • Tahap hidrasi ibu menyusu

Kekurangan air akan mengakibatkan penghasilan susu dalam badan ibu berkurang.

Sekurang-kurangnya 3 liter air sehari diperlukan dalam badan untuk kekal terhidrat dan tidak mengganggu penghasilan susu.

Ibu menyusu memerlukan bekalan air yang banyak untuk memenuhi keperluan penyusuan bayi.

  • Teknik lekapan salah

Apabila lekapan mulut bayi tidak sesuai pada payudara si ibu, susu ibu tidak akan keluar dengan efektif.

Semasa menyusu bayi, pastikan mulut anak memenuhi seluruh kawasan aerola payudara ibu.

Bila lekapan dibuat dengan betul, anak akan lebih selesa dan kenyang selepas menyusu. Tambahan pula, ibu pun tidak akan berasa sakit.

Payudara ibu perlu dikosongkan sepenuhnya supaya susu baru boleh dihasilkan.

 

Langkah Banyakkan Susu Badan

  • Cepat-cepat berikan susu kepada bayi

Sebaik sahaja bayi lahir, si ibu digalakkan untuk menyusu bayi.

Ini kerana perbuatan melengahkan menyusu bayi akan menyebabkan kekurangan bekalan susu di dalam badan nanti.

  • Kerap menyusu

Setiap kali si ibu menyusu atau mengepam susu badan, hormon yang mencetuskan penghasilan susu di payudara akan senang aktif.

Mengikut saranan dari the Journal of Obstetrics, Gynecologic & Neonatal Nursing (JOGNN), si ibu digalakkan untuk menyusu bayi 8 hingga 12 kali sehari.

Ini adalah untuk memastikan penghasilan susu badan yang mencukupi dalam jangka masa panjang.

  • Menyusu kedua-dua belah payudara

Jangan lupa untuk menyusu bayi anda dengan kedua-dua belah payudara!

Hal ini untuk mengelakkan plugged milk duct atau bengkak susu, di mana penyumbatan saluran air susu ibu berlaku dan mengakibatkan susu tidak keluar.

Ini amat berbahaya untuk para ibu kerana payudara akan mengalami radang dan akan menyakiti si ibu.

Jadi, jika bayi sudah cukup kenyang di satu sisi payudara, anda boleh terus mengepam payudara di bahagian sebelah lagi.

  • Pam susu dengan ‘Power Pumping’

cara banyakkan susu badan

Seorang jururawat dan bidan dari Amerika Syarikat, Katie Page, sangat mengesyorkan power pumping selama satu jam setiap hari.

Contohnya, apabila anda pam selama 20 minit, rehat selama 10, dan sambung dengan pam selama 10 minit dan rehat selama 10 minit.

Lakukan langkah ini selama beberapa. Ini untuk memastikan hormon anda mendapat isyarat untuk memperbanyak penghasilan susu.

  • Teknik pelekapan menyusu yang betul

Semasa menyusu, pastikan anda meletakkan puting pada mulut bayi pada kedudukan yang betul.

Ini untuk mengelakkan luka, melecet dan kesakitan pada puting.

Pastikan mulut bayi memasuki semua bahagian puting atau areola anda. 

 

Makanan Tambah Susu

Terdapat beberapa bahan yang dipercayai dapat meningkatkan penghasilan susu badan seperti:

  • Buah kurma
  • Sayuran hijau
  • Bijirin oat
  • Bawang putih 
  • Kekacang
  • Ikan Salmon
  • Buah avocado
  • Sayuran berwarna jingga dan merah

Kesimpulannya, kekurangan susu badan boleh menyebabkan anda berasa stres, lebih-lebih lagi kepada new mom

Diharapkan dengan langkah-langkah yang kami kongsikan sebentar tadi dapat membantu para ibu dalam menyusukan bayi mereka.

Kepada para ibu yang mahu menambahkan pengeluaran susu badan, jom amalkan Jus Ibu Pantang Post Mamma keluaran Ellsee ni!

 

cara banyakkan susu badan

Jus Post Mamma diformulasikan menggunakan bahan khusus sebagai suplemen untuk wanita selepas bersalin.

Selain khasiatnya yang membantu memperbanyak pengeluaran susu badan, ia juga membantu memberikan tenaga, melancarkan peredaran darah, mengelakkan sembelit, masalah keputihan dan menstabilkan hormon.

Untuk mendapatkan jus ini, segera layari website Ellsee!