Bacaan Gula Normal Untuk Ibu Mengandung: Kenapa Ia Penting?
Bacaan gula normal untuk ibu mengandung merupakan salah satu tahap kesihatan yang perlu dipandang serius.
Jika tidak, isu kesihatan ini boleh menyebabkan implikasi yang lebih buruk kepada tubuh badan seperti gestational diabetes mellitus (GDM).
Buat anda yang bakal menjadi seorang mommy, anda perlu tahu beberapa info penting seperti maksud gestational diabetes melitus (GDM), paras gula yang baik, dan cara-cara untuk memastikan bacaan gula normal untuk ibu mengandung.
Teruskan membaca artikel ini untuk mendapatkan maklumat berikut.
Apa Itu Gestational Diabetes Mellitus?
Sebagai seorang bakal mommy, bacaan gula normal adalah amat penting bagi memastikan tahap kesihatan anda dan anak kandungan dalam keadaan yang baik.
Secara umumnya, kita tahu bahawa pengambilan gula adalah untuk membekalkan tenaga kepada tubuh badan manusia dan memastikan sel-sel badan berfungsi secara normal.
Meskipun begitu, pengambilan gula yang berlebihan secara kerap boleh menyebabkan gestational diabetes mellitus (GDM).
Ia merupakan penyakit yang sering berlaku dalam kalangan ibu yang sedang hamil.
Jika anda memandang enteng terhadap perkara ini, ia boleh bawa risiko yang lebih besar seperti:
- Preeclampsia (tekanan darah tinggi atau hypertension semasa tempoh hamil). Anda boleh kenali tanda-tanda awal kandungan gula dalam darah tinggi adalah seperti di bawah:
-
- Haus
- Lapar
- Kerap pergi ke tandas
- Mudah rasa penat
- Penglihatan mata yang semakin kabur
- Luka yang lambat sembuh
- Tangan dan kaki yang terasa kebas
- Saiz bayi yang lebih besar.
- Keguguran.
Disebabkan itu, anda perlu berjaga-jaga dalam pengambilan makanan dan rutin harian bagi memastikan masalah kesihatan ini tidak terjadi.
Apakah Bacaan Gula Normal Untuk Ibu Mengandung?
Untuk mengetahui bacaan gula normal, anda perlu jalani saringan kesihatan di klinik atau hospital yang berdekatan.
Tetapi, jika anda mengalami kesibukan masa, anda boleh dapat alat peranti bacaan gula di farmasi.
Ketika mengambil bacaan gula, anda perlu tahu garis panduan yang telah ditetapkan oleh American Clinical O&G (ACOG) seperti berikut:
- Bacaan gula normal sebelum makan adalah kurang daripada <95 mg/dL.
- 1 jam selepas anda makan, bacaan gula normal adalah kurang daripada <140 mg/dL.
- 2 jam selepas makan, bacaan gula normal adalah kurang daripada <120 mg/dL.
Walaupun ia hanyalah garis panduan, anda dinasihatkan untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan diet yang seimbang bagi memastikan kesihatan tubuh badan dan anak kandungan sentiasa terjaga.
Tips Bacaan Gula Normal Untuk Ibu Mengandung
-
Lakukan senaman ringan
Salah satu cara paling mudah untuk mengelak daripada masalah kesihatan GDM, anda perlu lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki (30 minit) pada setiap hari.
Mungkin anda tertanya-tanya, “Perlu ke saya berjalan kaki selepas melakukan kerja-kerja rumah?”, dan jawapannya ya.
Apabila anda melakukan aktiviti ini, hormon insulin yang dihasilkan oleh pankreas akan memastikan tahap glukosa (gula) dalam badan sentiasa terjaga.
Baca juga:
-
Elakkan makanan ringan
Jika anda dapati bacaan gula dalam badan adalah tinggi, maka anda perlu elakkan pengambilan makanan ringan dan minuman bergula.
Kandungan gula yang tinggi dalam kedua-dua makanan dan minuman boleh menjejaskan paras gula dan kesihatan tubuh badan.
-
Makan dalam kuantiti yang kecil
Tahukah anda memakan makanan dalam kuantiti yang kecil secara kerap adalah lebih berkesan dalam memastikan kesihatan tubuh badan yang terjaga?
Sebenarnya, amalan pemakanan dalam kuantiti yang kecil secara kerap amat membantu individu yang inginkan berat badan yang ideal.
Ini disebabkan kita meletakkan had makanan atau minuman yang perlu dihabiskan sahaja.
Apabila kita mengamalkan “budaya” ini, badan kita akan menerima nutrisi dan tenaga daripada makanan untuk beberapa tempoh masa.
Ia adalah jauh lebih baik daripada makan secara berlebihan yang boleh mengakibatkan kenaikan berat badan dan rasa mengantuk.
-
Amalkan diet yang seimbang
Amalan diet yang seimbang bukanlah terletak hanya pada penjagaan pemakanan.
Ia termasuk juga memastikan tubuh badan menerima nutrisi yang sewajarnya, melakukan aktiviti fizikal, dan amalkan pemakanan buah-buahan dan sayuran hijau.
Untuk memastikan tubuh badan anda sebagai bakal mommy menerima nutrisi yang secukupnya, anda perlu patuhi diet yang disarankan oleh pakar pemakanan.
Secara tuntasnya, bakal mommy perlu ingat bahawa bacaan gula normal untuk ibu mengandung merupakan perkara yang amat penting.
Ia bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan si ibu, malah anak dalam kandungan juga akan terkesan sekali.
Jika anda dapati bacaan gula dalam darah sudah tinggi, maka, anda perlu lebih berhati-hati dalam pemilihan makanan dan melakukan aktiviti fizikal yang mudah secara kerap.
Selain itu, jika anda perlu ambil makanan tambahan (supplement), anda perlu dapatkan nasihat daripada pakar kesihatan terlebih dahulu.
Ini bertujuan untuk memastikan nutrisi tubuh badan mencukupi dan tidak berlebihan.
Dalam pada itu, bakal mommy juga perlu membuat persediaan sebelum dan selepas melahirkan anak.
Tindakan ini adalah untuk memastikan kedua-dua individu; ibu dan anak, menerima nutrisi yang secukupnya.
Kami menyediakan senarai produk keperluan yang sesuai untuk ibu mengandung serta kebaikannya di bawah ini:
- Post Mamma (membekalkan tenaga untuk ibu berpantang dan menguatkan rahim).
- Jus Pre Mamma (menstabilkan bacaan HB dan mengandungi kandungan asid folik yang bagus untuk si ibu mengandung).
- Care Lotion (meredakan sakit sendi dan otot dan buang angin dalam badan).
- La Baby Essential Oil (rawat selesema, batuk, dan kembung perut si bayi).
Jadi, jika anda inginkan produk ibu-ibu dan bayi yang berkualiti dan selamat digunakan, anda boleh dapatkannya di Ellsee!
Ini antara sebab mengapa anda perlu dapatkan produk di Ellsee:
- Mengandungi bahan-bahan alami sahaja.
- Sudah dapat kelulusan daripada pihak KKM.
- Jenama yang terkenal dalam komuniti ibu-ibu.
- Produk yang selamat digunakan.
- Menerima pemantauan daripada penasihat saintifik.
Tunggu apa lagi, segera klik pautan di bawah ini!
Jom Dapatkan Produk Untuk Ibu dan Anak Anda di Ellsee Sekarang!
Leave A Comment