Angin Dalam Badan: Info Penting Untuk Anda

Angin dalam badan, satu ungkapan yang sering kita terdengar dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Ia boleh terjadi kepada lelaki dan wanita, terutama sekali ibu yang sedang hamil dan ibu berpantang.

Ada kalanya, kita sendiri tidak pasti punca-punca utama yang menyebabkan terjadinya kejadian ini.

Disebabkan itu, kami akan berkongsi beberapa info penting mengenai angin dalam badan yang perlu diketahui oleh orang ramai.

Lebih-lebih lagi, buat si suami yang sudah mendirikan rumah tangga, anda juga tidak terkecuali.

Ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di samping tidak panik sekiranya kejadian ini terjadi kepada isteri anda yang sedang hamil atau berpantang.

Ikuti artikel ini untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.

 

3 Penyebab Utama Angin Dalam Badan

Sebelum kami mengupas isu angin dalam badan dengan lebih mendalam, kami akan kongsikan 3 penyebab utama terjadinya perkara ini.

Berikut merupakan sebab-sebabnya:

1. Tahap hormon progesteron meningkat

Kebiasaannya, tubuh badan wanita hamil akan menghasilkan hormon progesteron dan estrogen yang lebih tinggi pada awal trimester.

Penghasilan kedua-dua hormon ini mempunyai fungsi-fungsi yang tertentu.

Seperti yang umum ketahui, penghasilan hormon estrogen menyebabkan perubahan pada beberapa tubuh badan.

Hormon ini juga akan menyebabkan terjadinya haid yang pertama serta pengaturan menstrual cycle.

Manakala, hormon progesteron pula berfungsi sebagai “persediaan” tubuh ketika wanita tersebut sedang melalui fasa kehamilan.

Ketika wanita sedang hamil, kadar hormon progesteron akan meningkat. Ia untuk memastikan agar otot rahim sentiasa terjaga. 

Ia juga untuk memastikan agar ketebalan dinding organ rahim dalam keadaan yang baik demi keselamatan janin dan si ibu.

Kadar hormon progesteron yang meningkat akan menyebabkan gangguan kepada sistem pencernaan.

Ini akan menyebabkan penghasilan gas di dalam perut dan membuatkan wanita hamil terasa perut kembung.

Malaysia Influencer

2. Pengambilan makanan/ minuman “terlarang”

penyebab angin dalam badan

Makanan yang bergoreng atau yang mengandungi kandungan fruktosa akan menyebabkan gas di dalam tubuh badan.

Antara contoh makanan dan minuman yang perlu dielak ialah:

    • Epal
    • Pir
    • Bawang
    • Kekacang
    • Kubis
    • Kafein
    • Minuman berkarbonat

3. Kandungan rahim yang semakin membesar

Seperti yang dinyatakan di atas, kandungan rahim yang semakin membesar akan menyebabkan gangguan pada sistem pencernaan.

Ia akan memakan ruang serta menekan organ-organ pencernaan sehingga menyebabkan sistem pencernaan tidak lancar.

 

Cara-cara Buang Angin Dalam Badan 

Pada bahagian ini, kami akan berkongsi beberapa cara untuk membuang angin dalam badan secara selamat.

Kami sertakan cara-caranya seperti berikut:

1. Pengambilan makanan yang tinggi kandungan serat

cara buang angin dalam badan

Cara yang pertama adalah dengan memakan makanan yang kaya dengan kandungan serat.

Kandungan serat ini boleh didapati dalam bayam, roti gandum, epal, pisang, oat dan lain-lain.

Ia membantu untuk melancarkan sistem pencernaan di dalam tubuh badan.

Dengan ini, wanita yang sedang berpantang akan berasa lebih selesa serta dapat mengelakkan daripada terjadinya sembelit.

2. Makan dengan portion kecil

Wanita berpantang lebih digalakkan untuk memakan dalam kuantiti yang sedikit dengan lebih kerap.

Mereka boleh makan buah-buahan bagi mendapatkan nutrisi untuk kandungannya itu.

Dengan cara ini, berat badan wanita hamil akan lebih terjaga.

3. Minum air masak secukupnya

Pengambilan air yang secukupnya bukan sahaja boleh diamalkan untuk orang yang mahu berdiet.

Malah, wanita berpantang juga amat digalakkan untuk meminum air masak secara kerap agar sistem pencernaan berjalan dengan lancar.

Ini dapat mengelakkan masalah angin dalam perut dalam kalangan wanita berpantang.

Ia juga membantu untuk mengelakkan daripada terjadinya masalah sembelit dalam kalangan mereka.

Masalah sembelit pasti akan mengganggu kerja harian anda, kan?

Selain itu, minum air masak dapat menghindari si ibu daripada terkena dehidrasi.

Dengan ini, si ibu dapat kekal fokus ketika bekerja di pejabat ataupun membuat kerja-kerja di rumah.

4. Melakukan aktiviti fizikal

melakukan aktiviti fizikal

 Aktiviti fizikal seperti berjalan dan mengemas rumah dapat membantu dalam mengurangkan masalah angin dalam badan.

Ini disebabkan anggota tubuh badan “dikerah” untuk melakukan sesuatu perbuatan.

Aktiviti semudah ini juga membantu melancarkan sistem pencernaan serta mengeluarkan gas daripada tubuh badan.

 

Hilangkan Angin Dalam Badan Dengan Care Lotion

Angin dalam badan bukanlah suatu penyakit atau masalah kesihatan yang serius.

Namun begitu, jika anda tidak merawatnya dengan segera, ia akan menyebabkan terkumpulnya toksin di dalam badan.

Untuk itu, kami di Ellsee menyediakan salah satu “rawatan” untuk mengurangkan angin dalam badan.

Produk kami iaitu Care Lotion baik untuk ibu yang melakukan pantang secara sendiri di rumah. 

Ellsee care lotion

Selain daripada fungsinya untuk membuang angin dalam badan, Care Lotion juga membantu untuk mengurangkan kekejangan otot dan rasa sakit pada sendi.

Ini bermakna penggunaannya tidak terhad hanya kepada ibu yang sedang berpantang sahaja.

Malah, mereka yang aktif bersukan juga boleh mengamalkan losyen ini pada anggota badan tertentu.

Care Lotion ini diperkaya dengan bahan-bahan penting seperti menthol, minyak argan, vitamin E, apple stem cell, capsicum annuum, delta, dan carboner.

Selain itu, ia mempunyai beberapa kebaikan, antaranya adalah:

  • Membantu untuk mengurangkan sakit senggugut ketika haid 
  • Mengelakkan daripada terjadinya angin dalam badan semasa berpantang 
  • Mengurangkan rasa kekejangan pada otot 
  • Melegakan rasa sakit-sakit badan

Yang menariknya, penggunaan Care Lotion ini amat mudah. Hanya perlu sapu di anggota tertentu bagi melegakan rasa ketidakselesaan tersebut.

Untuk ibu yang sedang berpantang, anda boleh menyapu losyen ini pada betis dan kaki bagi mengelakkan terjadinya angin dalam badan. 

Jangan lupa untuk memakai stokin bagi kesan yang lebih optimum.

Ia juga tidak menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Jadi, mereka yang menghadapi angin dalam badan pasti suka akan losyen ini!

Jika anda mempunyai ahli keluarga atau rakan-rakan wanita yang sedang berpantang, anda boleh memberi mereka Care Lotion ini.

Anda hanya perlu klik pautan di bawah untuk mendapatkan produk Care Lotion sekarang.

Saya Mahu Dapatkan Care Lotion Ellsee