12 Makanan Untuk Ibu Mengandung

Pemakanan ibu mengandung memainkan peranan yang sangat penting untuk kesihatan ibu dan juga bayi di dalam perut.

Jika anda ingin tahu lanjut tentang perkara ini, teruskan membaca artikel ini kerana kami akan menerangkan tentang kepentingan  serta beberapa contoh makanan ibu mengandung.

Mengapa Ibu Mengandung Perlu Mengambil Makanan Sihat?

Antara sebab utama ibu mengandung perlu mengambil makanan yang sihat adalah untuk menjaga kesihatan ibu serta anak dalam kandungan.

Selain itu, pengambilan makanan yang betul juga memainkan peranan yang tinggi dalam perkembangan bayi agar mereka lahir dalam keadaan yang sihat.

Untuk pengetahuan anda, ibu yang mengandung perlu mengambil sekurang-kurangnya 300 kalori sehari lebih berbanding wanita yang tidak hamil.

Ini kerana mereka memerlukan tenaga yang banyak untuk memastikan kehamilan mereka berjalan tanpa komplikasi.

Kuantiti makanan dan nutrien yang perlu diambil oleh ibu hamil juga berbeza mengikut berat badan. Berikut merupakan penambahan berat badan yang disarankan bagi ibu hamil:

  • Berat badan normal = tambah 11-16kg
  • Berat badan berlebihan = tambah 7-11kg
  • Kurang berat badan = tambah 12-18kg
  • Kandungan kembar = tambah 16-20kg

Di bahagian seterusnya, kami akan mencadangkan kepada anda beberapa makanan ibu mengandung yang sihat.

12 Makanan Untuk Ibu Mengandung

  1. Telur

Cadangan makanan ibu mengandung yang pertama adalah makanan yang mudah didapati di dapur dan kedai di seluruh Malaysia.

Ia juga merupakan sumber lemak dan protein yang berkualiti tinggi serta mengandungi lebih 70 kalori.

Bagi ibu yang hamil, telur merupakan makanan yang penting kerana ia mengandungi kolin yang memainkan peranan besar dalam proses penumbuhan badan ibu dan kandungan.

  1. Kekacang
kacang sangat bagus untuk ibu mengandung

Kekacang juga merupakan makanan yang sesuai bagi ibu yang hamil kerana ia mengandungi banyak nutrien seperti kalsium, besi, dan juga folate.

Terdapat pelbagai jenis kacang, termasuk almond, walnut, kacang soya, dan lentil. Walau bagaimanapun, ibu yang mengandung dinasihatkan untuk tidak makan kekacang yang berperisa.

Hal ini kerana ia mungkin mengandungi bahan kimia yang tidak elok bagi bayi di dalam kandungan.

  1. Daging ayam
ayam bagus untuk ibu mengandung

Cadangan seterusnya adalah daging ayam. Ia merupakan sumber protein dan zat besi yang tinggi terutamanya di bahagian dada kerana bahagian tersebut kurang lemak.

Protein perlu diambil dengan kadar yang banyak kerana ia membekalkan asid amino yang sangat penting untuk perkembangan tulang dan otot.

Anda tidak perlu risau kerana daging ayam mudah didapati di mana-mana kedai dan juga dijual dengan harga yang berpatutan.

  1. Pisang

pisang mempunyai banyak nutrisi yang bagus untuk badan

Pisang juga merupakan makanan yang bagus bagi ibu hamil kerana ia boleh mengenyangkan mereka untuk tempoh yang lebih lama supaya mereka kekal bertenaga.

Selain itu, pisang mempunyai kandungan potasium yang tinggi. Hal ini penting kerana ia dapat mengawal tekanan darah ibu yang hamil.

Ia boleh membantu kurangkan keletihan kehamilan bagi ibu yang mengandung.

  1. Bijirin
badan kita memerlukan kepada khasiat yang terdapat dalam bijirin

Jika anda mencari makanan sarapan yang sesuai untuk ibu mengandung, bijirin merupakan pilihan yang bagus.

Bijirin mempunyai kandungan folate dan vitamin B yang diperlukan dalam kandungan yang tinggi bagi ibu yang hamil, terutamanya ketika trimester pertama.

Selain daripada nutrien di atas, bijirin juga penuh dengan magnesium yang memainkan peranan yang penting bagi mengalirkan darah kepada bayi.

  1. Brokoli

brokoli baik untuk badan kita

Cadangan yang keenam adalah brokoli. Sayur ini sangat kaya dengan antioksidan dan juga nutrien lain seperti vitamin A, vitamin C dan zat besi.

Nutrien-nutrien di atas sangat penting bagi memastikan sistem imun dan sistem pencernaan berada dalam keadaan yang bagus dan sihat.

Mengambil brokoli juga dapat mengelakkan masalah seperti sembelit, kencing kotor dan keputihan bagi ibu yang mengandung.

  1. Buah beri 

beri sarat dengan vitamin yang diperlukan badan

Buah beri merupakan pilihan yang bagus jika anda mencari makanan ibu mengandung yang sihat dan kaya dengan nutrien.

Ia kaya dengan vitamin C, kandungan air, karbohidrat sihat dan antioksidan. Buah beri sangat penting kerana ia dapat meningkatkan kadar pelawasan serta detoks badan.

Selain itu, ia juga tidak meningkatkan kadar gula darah tubuh dengan mendadak kerana buah beri mempunyai nilai indeks glisemik yang rendah.

  1. Ikan 

ibu mengandung memerlukan kepada nutrient yang terdapat dalam ikan

Daging ikan merupakan sumber protein, zink dan zat besi. Nutrien-nutrien ini sangat penting bagi proses perkembangan bayi di dalam kandungan.

Namun begitu, terdapat beberapa daging ikan yang tidak sesuai dimakan seperti ikan tenggiri, ikan todak dan ikan yu kerana ia mempunyai kadar merkuri yang tinggi.

Satu jenis ikan yang sangat bagus bagi ibu yang hamil adalah ikan salmon kerana ia mempunyai kandungan asid lemak omega 3 yang dapat membantu meningkatkan IQ bayi anda.

  1. Produk tenusu

susu dapat membekalkan nutrisi yang secukupnya kepada ibu mengandung

Kalsium merupakan salah satu nutrien yang sangat penting bagi ibu mengandung dan ini boleh dijumpai dengan kandungan yang banyak dalam produk tenusu.

Selain daripada kalsium, terdapat juga pelbagai jenis vitamin B, fosforus, zink dan magnesium. Salah satu produk tenusu yang ibu mengandung boleh ambil adalah susu kambing.

Susu kambing kaya dengan nutrien yang memainkan peranan yang tinggi dalam perkembangan otak dan sistem saraf bayi.

  1. Kurma

kurma merupakan antara makanan terbaik untuk ibu megnandung

Menurut kajian saintifik, kurma dapat melancarkan denyutan jantung, merawati sembelit serta memberi tenaga kepada ibu yang hamil.

Kurma juga sangat kaya dengan magnesium yang dapat membantu mengurangkan kadar gula darah dan mengurangkan tekanan darah.

  1. Ubi keledek

ubi keledek sangat sedap dan juga berkhasiat untuk ibu emngandung

Makanan ibu mengandung yang seterusnya adalah ubi keledek. Ubi keledek, atau dikenali sebagai kentang manis, merupakan sumber beta-karotin yang bagus.

Untuk pengetahuan anda, beta-karotin ini merupakan sejenis nutrien daripada tumbuhan dan akan bertukar kepada vitamin A setelah ia masuk ke dalam tubuh badan anda.

Ibu yang mengandung memerlukan lebih kurang 10 hingga 40 peratus kadar vitamin A dalam kehidupan seharian mereka bagi memastikan pertumbuhan dan perkembangan bayi yang sihat.

  1. Air kosong

air kosong memang perlu di ambil setiap hari

Cadangan terakhir kami adalah air kosong. Air kosong amat penting bagi semua orang, terutamanya ibu yang hamil. Mereka digalakkan untuk mengambil sekurang-kurangnya 2 liter sehari.

Air kosong memainkan peranan yang penting bagi memastikan kelancaran seluruh sistem tubuh badan dan juga mengekalkan hidrasi badan.

Jelaslah bahawa terdapat pelbagai jenis makanan ibu mengandung yang sihat dan bagus untuk ibu dan kandungan.

Jika anda mencari produk untuk ibu yang sedang hamil atau berpantang yang berkualiti tinggi dan berpatutan di Malaysia, Ellsee adalah pilihan yang terbaik buat anda!

Antara produk kami adalah:

  • Pre Mamma Botanical Juice
  • Stretch Mark Double Action Lotion
  • La Serene Therapy Oil
  • La Beauty 5 in 1 Glam Foundation

Produk kami diformulasikan dengan bahan bermutu, dihasilkan oleh badan yang diiktiraf Halal dan GMP, diuji serta dipantau rapat oleh Penasihat Saintifik yang telah diiktiraf.

Jom Shopping Di Ellsee!